Tuan Rumah, Dayang Hajah Esah Binti Begawan Pehin Khatib Haji Mohammad Said
Sesi bergambar ramai di luar rumah puan Hajah Esah
Barang yang diperlukan untuk membuat selurut
Mahasiswa/i khusyuk mendengar nini Hajah Esah mengajar
Daun pucuk di potong untuk menutup ujung dan menggulung dijadikan bentuk 'cylinder'
Sesi belajar membuang tulang lidi daun pucuk
Mahasiswa/i belajar membuang tulang lidi
Nini Hajah Esah mengajar bagaimana 'blender' beras tersebut
Sesi 'blender' beras siam untuk jadi tepung
Tepung tadi ditapis supaya halus
Nini hajah Esah 'blender' daun pandan yang dipotong kecil
Bahan Santan dicampur dengan daun pandan yang di 'blender' untuk diblender lagi.
Ditambah sedikit air
Blender tadi diperah dan ditapis untuk diambil airnya
Santan dan daun pandan yang diperah tadi dimasak hingga mendidih
Dicampur sedikit dengan kapur
Dicampur dengan pewarna hijau epal
Tepung yang di blender tadi dicampur dengan santan pandan
Di gaul hingga sebati
Daun pucuk tadi yang diulit menjadi 'cylinder' disimpan di besin.
Daun pucuk itu disimpan ke besin sehingga tiada ruang untuk disimpan lagi
Disusun dengan rapi
Tepung santan pandan tadi di masukkan ke dalam daun pucuk satu persatu
Hasil daripada kesabaran
Mahasiswa/i bercerita sambil berkongsi pengalaman dayang Hajah Esah
Sambil menunggu daun tadi dikukus selama 3 kali mematikan api
30 minit kemudian, kukusan tersebut telah pun siap
Selurut sudah berhasil
Mahasiswi menghidangkan selurut tersebut untuk dimakan
Sambil menunggu selurut sejuk sedikit
Mahasiswi menjamu selera dengan selurut
Pembahagian selurut untuk mahasiswa/i daripada Nini Hajah Esah
Sesi Penyampaian cenderamata daripada pengerusi
Sesi bergambar ramai bersama nini Hajah Esah
Tujuan
dan Objektif
1)
Modul ini adalah untuk memberi
pengetahuan dan sedikit pendedahan mengenai perindustrian dan sosio ekonomi
Brunei
2)
Ingin mengetahui perbezaan teknologi
dahulu dan sekarang dalam membuat kuih tradisional seperti Selurut
- Sudah berkecimpung dalam perniagaan sejak beliau masih kanak-kanak bersama adik beradik berliau.
- Belajar membuat makanan tradisional ini daripada ibubapabeliau yang juga berlatar belakang kan ‘perniagaan kecil-kecilan’ atau runcit.
- Timbul minat beliau untuk membuat permakanan tradisi tersebut sehinggalah sekarang.
Dayang Hajah Esah kerap membuat kuih-kuih tradisional ini apatahlagi, apabila ditempah.
Menurut beliau, makanan tersebut ditempah hampir setiap minggu dan tujuan barangan itu dibeli adalah untuk majlis perkahwinan,pertunangan, sedekah dan sebagainya. Produk perindustrian Dayang Hajah Esah bukan sahaja untuk ditempah malah dijual di koperasi.
Produk-produk beliau selalu dipanggil sebagai
‘Kelupis hajah Esah’.Semasa zaman muda beliau, Sekolah Kerajaan pernah mengambil tempahan yang banyak di SMJA dan kerajaan menempah membuat makanan tradisi
tersebut seperti selurut, kelupis dan sebagainya.
Harga beberapa Produk Makanan Tradisi :
Barangan
dan Kuantitinya
|
Harga
|
Selurut
(100)
|
$20
|
Kelupis
inda berinti (100)
|
$20
|
Kelupis
berinti (100)
|
$35
|
-
|
DAN
LAIN-LAIN LAGI
|
Dayang Esah juga ada memberithau barangan teknologi untuk membuat
barangan tradisional yang digunakan
oleh beliau pernah di hantar ke United Kingdom, Kuala Lumpur dan sebagainya.
Beliau juga pernah diambil rakaman melalui RTB untuk mempromosikan produk beliau
kepada masyarakat luar.
Teknologi pembuatan Selurut
Barangan
Dahulu
|
Barangan
Sekarang
|
Pengisar
|
Blender
|
Pengarut
|
Mesin
penggarut
|
Cupak
nasi
|
Timbangan
|
besin penapis
|
penapis
|
Beliau mengatakan bahawa barangan teknologi beliau berbeza kerana
barangan sekarang lebih berteknologi tinggi dan dengan itu lebih menjimatkan
masa beliau.
BAHAN-BAHAN
YANG DI GUNAKAN UNTUK MEMBUAT SELURUT.
⅟₂ kilogram Beras Siam (di rendam)
⅟₂ Kilogram Gula
1 Biji kelapa besar atau 2 biji kelapa kecil
1 sudu makan kapur benang
1 mangkuk kecil tepung biasa
Daun pandan
Daun pucuk
Perwarna Apple Hijau
Untuk membuat selurut, ianya terbahagi kepada 2 bahagian
atau proses.
Proses Pertama (membuat rangka/ bahagian luar Selurut)
- kesemua daun pucuk perlu dibuang tulang lidi nya.
- Kemudian, kedua-dua belah hujung pucuk digunting atau dipotong.
- Langkah seterusnya,memotong sebahagian kecil pucuk itu sebanyak kira-kira 1 inci
- Ini adalah untuk digunakan bagi menutup bahagian bawah Selurut.
- Langkah terakhir digulung pucuk tersebut menjadi bentuk cylinder.
Proses Kedua (membuat adunan Selurut)
- Langkah pertama beras siam yang telah direndam akan dikisar mengunakan blender sehingga halus dan seterusnya diayak mengunakan penapis ragan.
- Langkah kedua kelapa dikisar atau digarut mengunakan mesin pengarut dan kemudiannya diblender dan diambil santannya sahaja.
- Langkah ketiga daun pandan yang tersedia akan di potong kecil-kecil dan seterus nya akan diblender.
- Langkah ke empat, pandan yang telah diblender tadi akan dicampurkan dengan santan yang telah diperah sebelum ini. Gaulkan kedua nya dengan sebati.
- Langkah kelima, adunan pandan dan santan tadi akan di perah dan dimasukan ke dalam blender untuk dikisar. Seterusnya akan ditapis untuk mengambil air nya sahaja. Ulangi langkah kelima sehingga terasa kasar dan tidak mengandungi air lagi.
- Langkah keenam, air perahan santan dan pandan tadi di campurkan dengan gula dan di panaskan mengunakan cooker sehingga mendidih. Ini mengambil masa kira-kira 20 minit. Biarkan ianya mereneh.
- Langkah ketujuh, sementara menunggu air perahan mendidih, ambil satu sudu makan kapur benang dan dicampurkan dengan sedikit air yang mencukupi. Ini adalah bertujuan untuk mewangikan adunan tersebut.
- Kapur benang itu kemudian nya di campurkan dengan sedikit gula, beras yang telah dikisar awal tadi dan 1 mangkuk kecil tepung biasa. Gaul hingga sebati.
- Langkah ke lapan, setelah air perahan mendidih, dicedok sedikit demi sedikit air perahan itu dengan berhati-hati dan masukan kedalam adunan kapur benang, gula, beras dan tepung tadi. Gaul selangkah demi selangkah.
- Kemudian, masukkan pewarna hijau epal ke dalam adunan. Sukatan nya ialah mengikut citarasa sendiri.
- Setelah itu ketepikan dahulu. Rangka selurut awal tadi disusun berdiri di dalam besin. Ini mengelakkan adunan selurut tadi daripada tumpah.
- Masukan satu persatu adunan langkah ke lapan tadi di dalam rangka selurut yang telah disusun rapi dan Kukus. Hendaklah di tunggu atau jaga api tersebut di khuatiri selurut hangus.
Akhir sekali
lawatan sambil belajar ini diakhiri dengan menikmati selurut yang telah masak tersebut.
Ucapan penghargaan dan terima kasih dari salah seorang ahli jawatan kuasa
bahagian lawatan iaitu Nurul Afirah
binti Haji Bulat dan seterusnya acara penyampaian cenderamata yang
disampaikan oleh Pengerusi Modul PB3403, Nurussae’dah binti haji Abu Bakar kepada Dayang Hajah Esah.
Pengurusan
Industri bukan saja terdapat di mana-mana cewangan besar atau kedai persendirian, namun di rumah-rumah juga
mempunyai perusahaan kecil-kecilan yang mungkin lebih maju dari koperasi. Itu
dapat dilihat melalui perusahaan Dayang Hajah Esah ini.
Moga perniagaan beliau
sentiasa diwarisi dari anak dan waris seterusnya.
Dengan lawatan sambil belajar
ini, sedikit sebanyak telah memberi kami semangat untuk membuka perniagaan dan diharap ia dapat membantu
generasi seterusnya untuk berkembang lebih maju dalam perindustrian di Brunei
Darussalam apatah lagi dengan barangan tradisi seperti yang dijual oleh Dayang
Hajah Esah.
Bak kata pepatah :
Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan .
Laporan daripada:
Dk Hajah Siti Nurulhuda Binti Pg Hj Tajuddin & Nurhidayah Binti Haji Ismail.