I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 11 Februari 2012

Lawatan ke I-Centre









Lambang I-Centre
 
 Taklimat disampai oleh Dyg Farah Nazura

Antara slaid yang diterangkan kepada mahasiswa/wi
Mahasiswa/wi mendengar taklimat
Hadi Shafie, I-centre manager memberi penerangan
Mahasiswi yang mendapat cenderamata dari I-centre
Mahasiswa/wi dibawa melawat ke ruang kerja inkubator
Mahasiswa/wi dibahagikan kepada dua kumpulan untuk bergilir masuk

Awg Denny Azriman mengongsikan pengalaman beliau

Ketua Ahli jawatankuasa lawatan mengutarakan soalan
Awg Denny Azriman menunjukan antara animasi yang diciptanya
Mahasisa/wi diberi buku komik animasi percuma
Mahasiwa/wi sempat bertemu dengan pengurus syarikat Crescent Sdn Bhd
Ahli Jawatankuasa lawatan memberi ucapan
Sesi penyerahan cenderamata dari Pengurusi
Pengurus I-centre memberi ucapan penghargaan
Sesi bergambar ramai bersama pekerja I-centre

Taklimat disampaikan oleh Dayang Nurul Farah Fazurah dan Awang Hadi shafie, i centre manager.

 

Pengenalan

 

  • Icentre adalah pusat Inkubasi Info- Teknologi Maklumat (ICT) pertama di Negara Brunei Darussalam
  • Ditubuhkan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei(BEDB)
  • Diuruskan oleh KR consulting Sdn Bhd, Unit perniagaan dari NUS (National University of Singapore)
  • Fungsi utama I-centre adalah membantu peniaga atau usahawan yang bermula dari peringkat bawah melalui mentorship dan networking system
 1.Program utama

 

'Think Big' merupakan program utama yang diadakan di I-centre. Ini adalah untuk menggalakkan penglibatan orang tempatan Brunei untuk tampil kedepan serta mengkemukan idea-idea pelan perniagaan mereka. Setelah itu, mereka akan bertanding dengan peserta yang lain dan plan tersebut akan dinilai mengikut kreativiti serta potensi masing-masing. Think Big mempunyai empat proses utama iaitu:-

 

  • 'Business Plan Competition'
  • 'Innovation Forum'
  • 'Public Workshops Series'
  • 'Mentorship and Linkages Programme'

 

Program ini juga berfungsi untuk mendedahkan para peserta dengan lebih lanjut lagi melalui forum inovasi. Usahawan dan pakar 'ICT' yang terkenal dari Brunei dan juga luar negeri akan dijemput untuk memberi taklimat dan berkongsi maklumat serta pengalaman mereka mengenai perkembangan bisness dan trend ICT terbaru. Bengkel perusahaan inkubasi juga telah dijalankan satu atau dua kali sebulan bagi bukan saja untuk para peserta malahan dibukakan kepada orang awam yang berminat untuk mengikuti juga.

 


 

2. Kategori-kategori

 

Program 'Think Big' ada tiga kategori iaitu Kategori Orang Awam, Kategori Antarabangsa dan Kategori Penuntut khusus dibukakan kepada kolej-kolej dan institusi-institusi di Negara Brunei Darussalam.

 
1)Pemenang bagi kategori orag awam akan menerima:-
  1. Tempat Pertama - $20,000
  2. Tempat Kedua- $10,000
  3. Tempat Ketiga- $5,000
2)Pemenang bagi kategori antarabangsa akan menerim
  1. Tempat Pertama- $8,000
  2. Saguhati (X2)- $1,000

 

3)Pemenang bagi kategori penuntut akan menerima:-
      a.Tempat Pertama- $2,000
  1. Tempat Kedua- $1,000
  2. Tempat Ketiga- $500
 
4)Anugerah Khas pula akan difokuskan kepada empat kategori iait
  1. Anugerah Multimedia anjuran Aiti pemenangnya akan membawa pulang $5,000
  2. Anugerah Khas dalam mengaplikasi idea dan ciri-ciri Islamik anjuran BIBD pemenangnya akan mendapat $10,000
  3. Anugerah Aplikasi DST mobile pemenangnya pula akan dibawa pergi untuk melawat ke pusat utama Microsoft.
  4. Anugerah 'Rookie'

5) Antara syarikat yang menjadi inkubator di Icentre:-

 


 
Alif Technologies Sdn Bhd
Ambuyart Animations


Crescent Sdn Bhd

Infindo Technology

Ranoadidas

Modasys Technology 

John Harith Computer

 


 
Mars Enterprise

 

Rafiqun Information Telecommunication Services

 
SocialBuzz Advertising

 

 
Expansys Technologies


Cubebox Solutions

  

 

 
Rombongan kami juga berpeluang dibawa melawat ke ruang kerja inkubator yang bekerja di bangunan tersebut. Antaranya adalah 'Ambuyart animations' yang diasaskan oleh AwangMohd Denny Azriman bin Haji Maidin. Disitu Awg Denny menceritakan bagaimana minat beliau menjurus kearah kejayaan yang dicapainya masa kini. Antara ilmu pengetahuan yang dikongsikan oleh beliau adalah proses-proses melukis kartun animasi secara manual iaitu:-

 

  • Pre-production (Melukis dan melakar secara manual)
  • Production (Proses mewarna dan menyelesaikan semua watak-watak kartun animasi dengan lebih terperinci)
  • Post-production (Pengeditan dan penyuntingan jalan cerita kartun animasi)

 



 
Laporan dibuat oleh Nurhafilah binti Hj Mohidin dan Hajah Nur'Aqilah  binti Abdullah 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.