I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 28 Februari 2012

Lawatan ke Katimahar, Industri permakanan Tradisional



 Tuan Rumah, Dayang Hajah Esah Binti Begawan Pehin Khatib  Haji Mohammad Said

 Sesi bergambar ramai di luar rumah puan Hajah Esah


 Barang yang diperlukan untuk membuat selurut

Mahasiswa/i khusyuk mendengar nini Hajah Esah mengajar

Daun pucuk di potong untuk menutup ujung dan menggulung dijadikan bentuk 'cylinder'

Sesi belajar membuang tulang lidi daun pucuk
 Mahasiswa/i  belajar membuang tulang lidi

 Nini Hajah Esah mengajar bagaimana 'blender' beras tersebut

Sesi 'blender' beras siam untuk jadi tepung

 Tepung tadi ditapis supaya halus

 Nini hajah Esah 'blender' daun pandan yang dipotong kecil

 Bahan Santan dicampur dengan daun pandan yang di 'blender' untuk diblender lagi.

 Ditambah sedikit air

  Blender tadi diperah dan ditapis untuk diambil airnya


 Santan dan daun pandan yang diperah tadi dimasak hingga mendidih

\
Dicampur sedikit dengan kapur

 Dicampur dengan pewarna hijau epal

 Tepung yang di blender tadi dicampur dengan  santan pandan

 Di gaul hingga sebati

 Daun pucuk tadi yang diulit menjadi 'cylinder' disimpan di besin.

 Daun pucuk itu disimpan ke besin sehingga tiada ruang untuk disimpan lagi

 Disusun dengan rapi

 Tepung santan pandan tadi di masukkan ke dalam daun pucuk satu persatu

Hasil daripada kesabaran 

 Mahasiswa/i bercerita sambil berkongsi pengalaman dayang Hajah Esah
 Sambil menunggu daun tadi dikukus selama 3 kali mematikan api 

 30 minit kemudian, kukusan tersebut  telah pun siap
 Selurut sudah berhasil

 Mahasiswi menghidangkan selurut tersebut untuk dimakan

 Sambil menunggu selurut sejuk sedikit

 Mahasiswi menjamu selera dengan selurut

 Pembahagian selurut untuk mahasiswa/i daripada Nini Hajah Esah



 Sesi Penyampaian cenderamata daripada pengerusi

Sesi bergambar ramai bersama nini Hajah Esah


Program lawatan sambil belajar ke Kampong Katimahar  pada 27 Februari 2012. Seramai 11 orang menyertai  diketuai oleh Ketua lawatan dan pengerusi modul ini Norhafilah binti Haji Mohidin dan Dayang Nurussa’edah binti Haji Abu Bakar. Lawatan ini memfokuskan kepada permakanan tradisional Brunei yang dulu sehingga sekarang masih popular dan diminati.

Tujuan dan Objektif
1)      Modul ini adalah untuk memberi pengetahuan dan sedikit pendedahan mengenai perindustrian dan sosio ekonomi Brunei
2)      Ingin mengetahui perbezaan teknologi dahulu dan sekarang dalam membuat kuih tradisional seperti Selurut
 3)      Melihat cara perubahan dan perkembangan dan di samping itu ,untuk dikongsi ilmu pada mahasiswa/i tentang pembuatannya.

Kedatangan kami telah disambut oleh Dayang Hajah Esah binti Begawan Pehin KHatib Haji Mohammad Said, 70 tahun ke dalam rumah beliau.Lawatan ini dimulakan dengan memberikan sedikit pengetahuan tentang asal-usul perindustrian beliau

  • Sudah berkecimpung dalam perniagaan sejak beliau masih kanak-kanak bersama adik beradik berliau.
  • Belajar membuat makanan tradisional ini daripada ibubapabeliau yang juga berlatar belakang kan ‘perniagaan kecil-kecilan’ atau runcit.
  • Timbul minat beliau untuk membuat permakanan tradisi tersebut sehinggalah sekarang.
Dayang Hajah Esah kerap membuat kuih-kuih tradisional ini apatahlagi, apabila ditempah.
Menurut beliau, makanan tersebut ditempah hampir setiap minggu dan tujuan barangan itu dibeli adalah untuk majlis perkahwinan,pertunangan, sedekah dan sebagainya. Produk perindustrian Dayang Hajah Esah bukan sahaja untuk ditempah malah dijual di koperasi.

Produk-produk beliau selalu dipanggil sebagai ‘Kelupis hajah Esah’.Semasa zaman muda beliau, Sekolah Kerajaan pernah mengambil tempahan yang banyak di SMJA  dan kerajaan menempah membuat makanan tradisi tersebut seperti selurut, kelupis dan sebagainya.

Harga beberapa Produk Makanan Tradisi :



Barangan dan Kuantitinya
Harga
Selurut (100)
$20
Kelupis inda berinti (100)
$20
Kelupis berinti (100)
$35
-
DAN LAIN-LAIN LAGI








Dayang Esah juga ada memberithau barangan teknologi untuk membuat barangan tradisional  yang digunakan oleh beliau pernah di hantar ke United Kingdom, Kuala Lumpur dan sebagainya. Beliau juga pernah diambil rakaman melalui RTB untuk mempromosikan produk beliau kepada masyarakat luar.

Teknologi pembuatan Selurut
Barangan Dahulu
Barangan Sekarang
Pengisar
Blender
Pengarut
Mesin penggarut
Cupak nasi
Timbangan
besin penapis
penapis






Beliau mengatakan bahawa barangan teknologi beliau berbeza kerana barangan sekarang lebih berteknologi tinggi dan dengan itu lebih menjimatkan masa beliau.

BAHAN-BAHAN YANG DI GUNAKAN UNTUK MEMBUAT SELURUT.
⅟₂ kilogram Beras Siam (di rendam)
⅟₂ Kilogram Gula
1 Biji kelapa besar atau 2 biji kelapa kecil
1 sudu makan kapur benang
1 mangkuk kecil tepung biasa
Daun pandan
Daun pucuk
Perwarna Apple Hijau

Untuk membuat selurut, ianya terbahagi kepada 2 bahagian atau proses.

Proses Pertama (membuat rangka/ bahagian luar Selurut)
  • kesemua daun pucuk perlu dibuang  tulang lidi nya. 
  • Kemudian, kedua-dua belah hujung pucuk  digunting atau dipotong. 
  • Langkah seterusnya,memotong sebahagian kecil pucuk itu sebanyak kira-kira 1 inci
  • Ini adalah untuk digunakan bagi menutup bahagian bawah Selurut. 
  • Langkah terakhir digulung pucuk tersebut menjadi bentuk cylinder.


Proses Kedua (membuat adunan Selurut)
  • Langkah pertama beras siam yang telah direndam akan dikisar mengunakan blender sehingga halus dan seterusnya diayak mengunakan penapis ragan.
  • Langkah kedua kelapa dikisar atau digarut  mengunakan mesin pengarut dan kemudiannya diblender dan diambil santannya sahaja. 
  • Langkah ketiga  daun pandan yang tersedia akan di potong kecil-kecil dan seterus nya akan diblender. 
  • Langkah ke empat, pandan yang telah diblender tadi akan dicampurkan dengan santan yang telah diperah sebelum ini. Gaulkan kedua nya dengan sebati.
  • Langkah kelima, adunan pandan dan santan tadi akan di perah dan dimasukan ke dalam blender untuk dikisar. Seterusnya akan ditapis untuk mengambil air nya sahaja. Ulangi langkah kelima sehingga terasa kasar dan tidak mengandungi air lagi.
  • Langkah keenam, air perahan santan dan pandan tadi di campurkan dengan gula dan di panaskan mengunakan cooker sehingga mendidih. Ini mengambil masa kira-kira 20 minit. Biarkan ianya mereneh.
  •  Langkah ketujuh, sementara menunggu air perahan mendidih, ambil satu sudu makan kapur benang dan dicampurkan dengan sedikit air yang mencukupi. Ini adalah bertujuan untuk mewangikan adunan tersebut. 
  • Kapur benang itu kemudian nya di campurkan dengan sedikit gula, beras yang telah dikisar awal tadi dan 1 mangkuk kecil tepung biasa. Gaul hingga sebati.
  • Langkah ke lapan, setelah air perahan mendidih, dicedok sedikit demi sedikit air perahan itu dengan berhati-hati dan masukan kedalam adunan kapur benang, gula, beras dan tepung tadi. Gaul selangkah demi selangkah. 
  • Kemudian, masukkan pewarna hijau epal ke dalam adunan. Sukatan nya ialah mengikut citarasa sendiri.
  • Setelah itu ketepikan dahulu. Rangka selurut awal tadi disusun berdiri di dalam besin. Ini mengelakkan adunan selurut tadi daripada tumpah. 
  • Masukan satu persatu adunan langkah ke lapan tadi di dalam rangka selurut yang telah disusun rapi dan Kukus. Hendaklah di tunggu atau jaga api tersebut di khuatiri selurut  hangus.
Akhir sekali lawatan sambil belajar ini diakhiri dengan menikmati selurut yang telah masak tersebut. Ucapan penghargaan dan terima kasih dari salah seorang ahli jawatan kuasa bahagian lawatan iaitu  Nurul Afirah binti Haji Bulat dan seterusnya acara penyampaian cenderamata yang disampaikan oleh Pengerusi Modul PB3403, Nurussae’dah binti haji Abu Bakar  kepada Dayang Hajah Esah.

Pengurusan Industri bukan saja terdapat di mana-mana cewangan besar atau kedai persendirian, namun di rumah-rumah juga mempunyai perusahaan kecil-kecilan yang mungkin lebih maju dari koperasi. Itu dapat dilihat melalui perusahaan Dayang Hajah Esah ini.
Moga perniagaan beliau sentiasa diwarisi dari anak dan waris seterusnya.

Dengan lawatan sambil belajar ini, sedikit sebanyak telah memberi kami semangat  untuk membuka perniagaan dan diharap ia dapat membantu generasi seterusnya untuk berkembang lebih maju dalam perindustrian di Brunei Darussalam apatah lagi dengan barangan tradisi seperti yang dijual oleh Dayang Hajah Esah. 

Bak kata pepatah :
 Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan .

Laporan daripada:
 Dk Hajah Siti Nurulhuda Binti Pg Hj Tajuddin & Nurhidayah Binti Haji Ismail.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.