I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 3 Mac 2012

Lawatan ke BINA


JABATAN ‘BINA’
BADAN KEMAJUAN INDUSTRI BRUNEI KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN SUMBER-SUMBER UTAMA
(BRUNEI INDUTRIAL DEVELOPMENT AUTHORITY OF INDUSTRY AND MINISTRY PRIMARY RESOURCES NEGARA BRUNEI DARUSSALAM)



1.                  PENGENALAN

Laporan ini adalah bertujuan untuk memaklumkan kepada pihak penyarah mengenai hasil lawatan yang telah kami perolehi pada 29 Februari 2012, hari rabu pada jam 2 petang, yang bertempat di Beribi, Gadong. Keramaian kami adalah seramai 14 orang, iaitu semua yang hadir adalah terdiri daripada pelajar Universiti Brunei Darussalam yang mengambil bahagian dalam kursus modul Industri Tradisi Brunei di bawah fakulti Akademi Pengajian Brunei. Kami telah membuat  lawatan ke beberapa buah tempat iaitu Jabatan BINA dan kami juga telah dibawa ke sebuah kilang (industri) iaitu kilang Kingston. Secara keseluruhan lawatan ini adalah semata-mata melaporkan tentang hasil dapatan yang telah kami perolehi daripada sesi lawatan ke Jabatan Bina dan kilang Kingston tersebut.

Pada bulan April 1996, Jabatan Kemajuan Koperasi, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Unit Industri, Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama telah digabungkan menjadi sebuah jabatan yang dipanggil Badan Kemajuan Industri Brunei (BINA). BINA merupakan salah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama. BINA memudahkan perkembangan perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta menetapkan penubuhan dan memantau perkembangan koperasi-koperasi di negara ini.

2.                  LATAR BELAKANG

Kami yang terdiri daripada pelajar-pelajar Universiti Brunei Darussalam telah mengadakan sesi lawatan ini bagi mengetahui perkembangan serta cara pengurusan Jabatan BINA (Badan Kemajuan Industri Brunei). Lawatan yang diadakan ini adalah dengan menggunakan kenderaan sendiri.
Sebelum lawatan ke kilang Kingston bermula kami telah diberikan taklimat ringkas oleh Yang Mulia Awang Hussin Haji Jumat, 44, Assistant Project Officer,  telah bertugas di Jabatan BINA selama hampir 20 tahun. Kami juga telah ditayangkan dengan sebuah rakaman/video mengenai pelancaran serta pembangunan Jabatan tersebut.

3.                  OBJEKTIF  LAWATAN

Objektif lawatan adalah seperti berikut :
1.                  Mengenalpasti perkembangan jabatan tersebut, koleksi, pengusurusan dan perkhidmatan yang diberikan.
2.                  Mengenalpasti jika terdapatnya masalah yang timbul dalam membangunkan Jabatan tersebut.
3.                  Memahami latar belakang Jabatan tersebut.
4.                  Menilai dan melihat segala potensi yang ada dalam Jabatan tersebut.


4.                  PERANAN DAN FUNGSI BINA

1.                  Pembangunan Industri (penyediaan/penempatan tapak dan kompleks perindustrian, perkhidmatan dokongan).
1.                  Pembangunan Koperasi (sebagai pendaftar koperasi, penguatkuasaan akta koperasi  penggal 84, khidmat dokongan, audit dan akaun).
2.                  Promosi (mempromosikan tapak/kompleks perindustrian, perhubungan awam dan antarabangsa, menyediakan dan mengemaskinikan laman web BINA).

5.                  VISI DAN MISI BINA

 Visi  -  Pusat Kecemerlangan Pembangunan Industri dan Koperasi.
Misi  - Mewujudkan dan mempertingkatkan pembangunan industri dan koperasi
 supaya berdaya tahan, kompetitif dan berupaya untuk eksport ke pasaran global.






6.               HASIL LAWATAN


Sesi ucapan terima kasih daripada bahagian Lawatan 

Sesi Cenderamata dari BINA untuk Industri Kingston
Mahasiswa/i dibawa melawat melihat pemerosesan kingston
Mahasiswa/i sibuk untuk menulis nama 





7.               PENTADBIRAN
Pentadbir Kingston mengagih-agihkan aiskrim kepada mahasiswa/i



8.                  PERKHIDMATAN
Jabatan BINA ditubuhkan pada 1HB. April 1996, dan Jabatan ini adalah hasil daripada cantuman di antara Jabatan Kemajuan Koperasi dan Unit Industri.
Jabatan-jabatan dibawah Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama :
1.                  PERIKANAN
2.                  PERHUTANAN
3.                  PELANCONGAN
4.                  BINA
5.                  PERTANIAN DAN AGRI MAKANAN

Pembangunan Industri menyediakan penempatan tapak dan kompleks perindustrian, dan menyediakan perkhidmatan dokongan.


PENYEDIAAN/PENEMPATAN TAPAK/KOMPLEKS PERINDUSTRIAN

CONTOH SALAH SATU TAPAK PERINDUSTRIAN
Tapak Perindustrian Serembangun :
Keluasan Tapak: 40 hektar
Jumlah Lot: 25
Aktiviti:  Pembuatan & Perkhidmatan

Kadar Sewa: $790 - $468 /bulan       
Tempoh:  10 – 30 Tahun



PENYEDIAAN KOMPLEKS
KOMPLEKS INDUSTRI
UNIT
Beribi
56
Serambangun
32
Pekan Belait
84


AKTIVITI-AKTIVITI
Bengkel kereta. Restoran, Produk Makanan, Pejabat, Interior Design (Hiasan Dalaman)

PERKHIDMATAN DOKONGAN :
Mengeluarkan surat sokongan untuk mendapatkan :
1.                  Lesen rampaian.
2.                  Kuota pekerja asing.
3.                  Kemudahan kewangan.




TAPAK-TAPAK




SEWA BULANAN 
SETIAP HEKTAR 
 (10-30TAHUN)

BERIBI
$3,687 - $2,160
LAMBAK KANAN BARAT
$3,687 - $2,161
SALAR
$1580 - $925
SERASA
$1959 - $1142
SERAMBANGUN
$790 - $468
SUNGAI BERA
$1580 - $926
PEKAN BELAIT
$2107 – $1234






KADAR SEWA


Kompleks                                 Sewa Bulanan


Beribi                                            $640- $1600
Serambangan                                $650-$680
Belait                                            $650-$680









PRINSIP KOPERASI




DEFINASI KOPERASI

“Sebuah persatuan yang berautonomi, bergabung secara sukarela, untuk memenuhi keperluan dan aspirasi bersama dalam bidang ekonomi, sosial dan budaya, melalui pertubuhan yang dimiliki bersama dan dikawal secara demokratik”


STATUS KOPERASI YANG BERDAFTAR (DIS. 2011)

DAERAH
BERKOPERASI
TIDAK AKTIF
JUMLAH
BRUNEI MUARA
43
56
99
TUTONG
10
13
23
BELAIT
5
17
19
TEMBURONG
8
8
15
JUMLAH
66
34
154

41.3%
58.7%
100%



1.                  Koperasi Pasaraya Harmoni Kpg. Sg. Buloh Berhad.
2.                  Koperasi Universiti Brunei Darussalam DTB.
3.                  Koperasi BKSS Kementerian Kesihatan Berhad.
4.                  Koperasi Angkatan Bersenjata Di Raja Brunei (Kowira) Berhad.

9.                  KESIMPULAN


Kesimpulannya, pada hari tersebut kami berasa sangat bertuah kerana kami bukan sahaja membuat lawatan sambil belajar namun kami juga berpeluang menemubual beberapa orang penting di bawah jabatan BINA iaitu Awang Husin bin Haji Jumat yang merupakan Asisstant Project Officer. Kami juga sempat menemubual dan mengajukan beberapa soalan mengenai sistem dan kemajuan kilang Kingston kepada salah seorang pekerja penting kilang tersebut iaitu Wong Siew Yien (Quality Control).

Kami berasa sangat bertuah dan beruntung sekali kerana diberi kesempatan untuk mengetahui dan melihat secara lebih dekat lagi mengenai pemprosessan pembuatan aiskrim di negara kita Negara Brunei Darussalam. Kita sebagai anak Brunei mengharapkan agar perusahaan perindustrian di Negara kita ini semakin berkembang dan maju jaya


UNTUK KETERANGAN LANJUT MENGENAI BINA

Badan Kemajuan Industri Brunei (BINA) Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU), KM 8, Jalan Gadong, Bandar Seri Begawan BE1118, Negara Brunei Darussalam.
Tel. : +673 2444100
Fax : +673 2423300
Website : www.bina.gov.bn
Pendaftaran dan permohonan : Syarikat-syarikat dikehendaki mendaftar dan memohon secara online melalui Business Facilitation Services. (Layari www.bruneimipr.gov.bn



 KILANG KINGSTON BEVERAGE & CREAMERY SDN. BHD.,
BERIBI INDUSTRIAL COMPLEX, GADONG, NBD.
Kingston Beverage & Creamery Sdn. Bhd.
Lot No. 3 - 6, Beribi Industrial Complex, Jalan Gadong BE1118.
P.O.Box 1282, Gadong BE3978, Negara Brunei Darussalam.
Tel: 244 7849 / 50 / 51, 242 3492
Fax: 242 7912



Setelah itu lewat pada jam 3.10 minit petang, kami dibawa melawat ke salah sebuah kilang dibawah Jabatan BINA iaitu ke kilang Kingston Beverage & Creamery Sdn. Bhd. Lawatan ke kilang ini diketuai oleh Yang Mulia Awang Hussin Haji Jumat, 44, (Assistant Project Officer). Lawatan sambil belajar ini memberi peluang yang besar dan kepada kami untuk mengetahui cara-cara pemprosesan minuman-minuman bergas (botol dan tin) dan pembutan ais krim. Kami juga berpeluang melihat secara dekat bagaimana proses pembuatannya berjalan. Walaubagaimanapun kami sama sekali tidak dibenarkan melakukan penggambaran di dalam kilang tersebut. Ini adalah semata-mata bagi menjaga mutu dan kualiti kilang tersebut.
Sebelum bersurai kami diberikan aiskrim dan minuman tin secara percuma dan kami amat bertuah sekali kerana dapat merasai suasana sebenar dalam kilang tersebut. ( seperti gambar yang tertera di atas: pentadbiran)

Laporan dari :

SITI NADHRAH BINTI NORZELAN (10B1211)
QADARIZAH BINTI SULAIMAN (10B1190)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.