I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 17 Mac 2012

Lawatan ke Pusat Pembangunan Belia

Aktiviti-Aktiviti



PENGENALAN:
Program lawatan sambil belajar ke Pusat Pembangunan Belia adalah salah satu aktiviti yang diadakan khas bagi mahasiswa/wi yang mengambil modul PB3403 ‘Industri Tradisi Brunei’. Lawatan ini diadakan pada 15hb Mac 2012 hari Rabu. Seramai 9 orang pelajar dari kumpulan B telah menyertai program lawatan sambil belajar tersebut yang diketuai oleh Pemangku Pengerusi modul ini, Dayang Alwani Binti Haji Miga. Setiap lawatan kami ini juga telah dipantau dan diberikan penilaian permarkahan oleh Haji Mohd Rafee bin Haji Shahif selaku penasihat dan Pensyarah modul ‘Industri Tradisi Brunei’ di Akademik Pengajian Brunei.

OBJEKTIF LAWATAN:
  • ·   Memberi peluang kepada para pelajar untuk mencapai kefahaman dan pendedahan dalam inisiatif Kerajaan untuk membangunkan sosio-ekonomi Negara.
  • ·   Ingin mengetahui fungsi dan peranan Pusat Pembangunan Belia dengan lebih lanjut dalam membantu membangunkan keupayaan belia.
  • ·     Meningkatkan pengetahuan tentang hubung kait di antara industri tradisi Brunei dengan pusat Pembangunan Belia melalui program-program atau kursus-kursus yang disediakan oleh pihak tersebut



SEMASA LAWATAN:
Kedatangan kami telah disambut dan dialu-alukan oleh Haji Abdul Rahman Bin Haji Ahim selaku Pegawai Kounseling di Pusat Pembangunan Belia (PPB), dan seterusnya dibawa ke bilik mesyuarat. Lawatan sambil belajar ini dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan ucapan alu-aluan dari Pengerusi PBB Haji Abdul Rahman Bin Haji Ahim. Kemudian Pengerusi PBB memulakan sesi taklimat mengenai latar belakang, peranan serta fungsi penubuhan Pusat Pembangunan Belia tersebut. Beliau menerangkan bahawa sebelum Pusat Pembangunan Belia ini ditubuhkan, satu “ PILOT PROJEK ” di bawah Jabatan Belia dan Sukan di panggil “ SKIM LATIHAN DAN KEMAJUAN BELIA” telah diadakan dari tahun 1992 hingga 1995  bertempat di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan. Mulai 11hb Mei 1996, Skim ini diubah menjadi PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA dan pentadbirannya dipindahkan ke Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan seterusnya pada 2hb Jun 1996, berpindah ke bangunan baru di Pusat Pembangunan Belia ( PPB ) yang ada masa Ini.
 

Skim Latihan dan Kemajuan Belia 1992-95 (Sebelum penubuhan PBB)



 

Program Pembangunan Belia (PPB) 1996




MATLAMAT PUSAT PEMBANGUNAN BELIAN (PBB):
Memberi bantuan latihan kemahiran dan pembangunan diri kepada belia yang tidak dapat meneruskan pendidikan formal dan yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan
Memberi khidmat nasihat kepada belia dan majikan mengenai peluang pekerjaan
      Memberi latihan kepada belia untuk menjadi pengusaha yang berjaya dan mampan

TUJUAN ‘PBB’:
Melatih para belia sebagai persediaan untuk memasuki bidang pekerjaan dan perniagaan.
Meningkatkan keupayaan dan pembangunan diri.
Membolehkan hubungan kerja yang berterusan dan kemahiran keusahawanan yang berjaya.'
Memberi peluang bagi menimba pengalaman dan membuka perniagaan sendiri.
Memberi nasihat maklumat pekerjaan dan penempatan kerja.

Menurut Pengerusi Haji Abdul Rahman Bin Haji Ahim, Pusat Pembangunan Belia ini hanya menyasarkan kepada belia yang mempunyai kritia tersebut:
1.    18 Tahun ke atas
2.   Rakyat atau penduduk tetap Negara Brunei Darussalam
3.   Bujang dan tubuh badan sihat
4.  Bagi Kursus Welding & Fabrication, Kursus Plumbing & Pipe Fitting, Kursus Vehicle Body      Repair dan Kursus Air Conditioning & Refrigeration - sekurang-kurangnya menduduki Tingkatan 3
5.      Bagi Kursus Komputer dan Pengendalian Pejabat - sekurang-kurangnya mempunyai 2 ‘O’ Level
6.      Bagi Kursus Masakan dan Katering, Kursus Pembuatan Kek dan Pastri, Kursus Jahitan Asas dan Sulaman, Kursus Solekan dan Dandanan Rambut dan Kursus Hair Stylish (Lelaki) - Kelayakan akademik sekadar tahu ‘3M’ ( Membaca, Menulis & Mengira ).

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN YANG DITAWARKAN:
1.      Kursus Kemahiran Komputer dan Pengendalian Pejabat.
2.      Kursus Kemahiran Pembuatan Kek dan Pastri.
3.      Kursus Kemahiran Masakan dan Katering.
4.      Kursus Kemahiran Jahitan Asas dan Sulaman
5.      Kursus Kemahiran Solekan dan Dandanan Rambut
6.      Kursus Kemahiran Welding & Fabrication.
7.      Kursus Kemahiran Air Conditioning & Refrigeration
8.      Kursus Kemahiran Plumbing & Pipe Fitting

TEMPOH PROGRAM (KURSUS) DITAWARKAN:
  Program di Pusat ini dijalankan selama 18 bulan  :-
1.   9 bulan pertama   : Mengikuti Program Latihan Kemahiran ( PLK ) dan Program Pembangunan Diri (PPD)
2.   9 bulan kedua       : Mengikuti Program Penempatan Kerja ( PPK ) sama ada di sektor kerajaan  ataupun sektor swasta.

  PBB juga menawarkan program (kursus) jangka pendek:

  Program-program jangka pendek Pusat Pembangunan Belia dilaksanakan selama dua belas  bulan mulai bulan awal November sehingga akhir bulan Oktober ditahun berikutnya. Program-program tersebut ialah :-

1.Program Asy-Syifa
2.Program Pengupayaan Asnaf Zakat
3.Program Al Hikmah

Rombongan lawatan sambil belajar kami juga telah dibawa melawat ke beberapa bahagian di bangunan tersebut. Diantaranya ialah:-

1.      BAHAGIAN MASAKAN DAN KATERING:

*Pelatih bahagian masakan dan katering memberi sedikit pengenalan mengenai kursus tersebut

*Kemudahan dapur disediakan


2.      BAHAGIAN PEMASANGAN PAIP AIR DOMESTIK:

 
*Contoh-contoh pemasangan paip

 

 
 *Cikgu Haji Rafee menemu bual salah seorang pelatih

3. BAHAGIAN PEMBUATAN KEK DAN PASTRI:

*Pelajar PBB menunjukkan hasil pembuatan mereka

     



             
             

*Rombongan lawatan berkesempatan mencuba hasil pembuatan kek dan pastry pelajar PBB.


4. BAHAGIAN SOLEKAN DAN DANDANAN RAMBUT:

*Pelajar PBB menunjukkan cara-cara mendandan rambut




        



* Selain daripada solekan dan dandanan, kursus ini juga menyediakan tempat bilik latihan bagi kursus perurutan badan ‘body massage’.



5. BAHAGIAN AIR CONDITIONING AND REFRIGERATOR:




 
   
·         Kursus ini bertumpukan kepada pengusaian (repair) pengahawa dingin dan peti sejuk

Akhir sekali lawatan sambil belajar ini, diakhiri dengan ucapan penghargaan dan terima kasih daripada salah seorang ahli jawatankuasa bahagian lawatan iaitu Dayang Norhafilah Binti Haji Mohidin dan seterusnya acara penyampaian cendermata yang disampaikan oleh Pemangku Pengerusi Modul PB3404 ini, Dayang Alwani Binti Haji Miga,  kepada Awang Haji Abdul Rahman Bin Haji Ahim, selaku Pengerusi PBB.


*Penyampaian cenderamata


        *Sesi bergambar ramai
  



Laporan disediakan oleh:
Nur Syazwani Binti Haji Md Suif 10b1165
 Nurul Afirah Binti Haji Bulat 10b1171

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.