Pada hari Rabu, 21 Mac 2012, rombongan seramai empat
belas orang yang diketuai oleh timbalan pengerusi, Alwani@Ummu
Kulthum Binti Miga, , daripada Universiti Brunei
Darussalam jurusan Industri Tradisi Brunei telah mengadakan lawatan ke Brunei
Agriculture Research Centre (BARC) yang terletak di kampong Tanjung Bunut,
Kilanas.
Rombongan lawatan telah tiba di BARC, Pusat Penyelidikan
Pertanian Brunei, Kilanas pada pukul dua petang dan terus menuju ke bilik
perkhidmatan unit Sains Tanah dan Nutrien tanaman, Bahagian Pembangunan Tanaman
bagi mendengar taklimat. Rombongan pada petang tersebut telah diberikan
taklimat oleh Doktor Thippeiwamy dan taklimat tersebut adalah tertumpu kepada
jenis-jenis tanah, jenis-jenis baja dan juga nutrien tanaman.Terdapat pelbagai
jenis tanah di Negara kita bagi bercucuk tanam sama ada bagi menanam padi,
sayur-sayuran dan juga buah-buahan.
Sebelum itu, pusat ini sebenarnya memainkan peranan
dalam membantu pengusaha-pengusaha atau petani-petani kita untuk memulakan
penanaman sayur-sayuar mereka atau buah-buahan mereka dan sebagainya melalui
beberapa prosuder, iaitu, mereka terlebih dahulu akan turun ke lapangan ke
tempat mana pengusaha itu ingin membuat penanaman. Kemudian, keadaan tanah akan
di sukat dan kemudian barulah dapat diberitahu, jenis tanahnya, apa tanaman
yang boleh subur atau tumbuh dan sebaliknya.
MISI 2035
Demi menyahut cabaran dan hasrat wawasan negara 2035,
Di dalam taklimat yang telah disampaikan, jika difokuskan kepada makanan asasi
kita, iaitu beras, dikatakan sebanyak sembilan puluh tujuh peratus daripada
beras yang terdapat di Negara kita telah diimpot daripada Negara Thailand. Ini menunjukkan bahawa pengeluaran beras di Negara kita amat tipis dan ini
adalah berpunca daripada pelbagai faktor. Faktor tanah, air dan kawasan tanah
lapang bagi penanaman padi telah menyebabkan Negara kita sukar untuk bersaing
dengan Negara pengimpot.
Oleh itu, penanaman padi Laila
yang sedang giat diusahakan kini masih belum mencapai tahap pengeluaran yang
baik. Untuk menjadi Negara yang ‘self-sufficient’ dengan pengeluaran bersanya
sendiri amat sukar untuk direalisasikan. Kita memerlukan sistem irrigasi yang
baik kerana padi memerlukan air yang banyak serta dalam untuk meningkatkan
penghasilan. Sebenarnya, padi Laila ini adalah padi yang ditanam di Negara
Filipina yang telah berkembang agak lama dan kerana padi ini dikatakan bagus
maka ianya dibawa, hanya baru-baru ini, ke Negara kita untuk ditanam.
Di dalam taklimat pada petang itu, dikatakan bahawa penanaman sayur dan buah-buahan di Negara kita tidak begitu banyak. Unit Sains tanah dan nutrien sering mengadakan kajian mengenai kawasan bagi penanaman, jenis tanah yang terdapat dikawasan tersebut dan jenis saiz tanah sama ada ianya baik untuk penanaman padi, buah-buahan atau pun sayur-sayuran. Terdapat pengusaha buah-buahan tempatan yang dipantau oleh unit kemajuan Pertanian Luar Bandar bagi kawasan tanah dan juga baja bagi penanaman buah-buahan tersebut. Pertanian tidaklah mudah seperti yang disangka kerana terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kelambatannya. Peralatan, saiz tanah, jenis tanah, nutrien dan baja adalah di antara faktor yang menyebabkan kelambatan penanaman tersebut dan unit Sains tanah dan nutrien bertanggungjawab untuk mengawal nutrien dan baja yang digunakan oleh para petani.
Di dalam taklimat pada petang itu, dikatakan bahawa penanaman sayur dan buah-buahan di Negara kita tidak begitu banyak. Unit Sains tanah dan nutrien sering mengadakan kajian mengenai kawasan bagi penanaman, jenis tanah yang terdapat dikawasan tersebut dan jenis saiz tanah sama ada ianya baik untuk penanaman padi, buah-buahan atau pun sayur-sayuran. Terdapat pengusaha buah-buahan tempatan yang dipantau oleh unit kemajuan Pertanian Luar Bandar bagi kawasan tanah dan juga baja bagi penanaman buah-buahan tersebut. Pertanian tidaklah mudah seperti yang disangka kerana terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kelambatannya. Peralatan, saiz tanah, jenis tanah, nutrien dan baja adalah di antara faktor yang menyebabkan kelambatan penanaman tersebut dan unit Sains tanah dan nutrien bertanggungjawab untuk mengawal nutrien dan baja yang digunakan oleh para petani.
Unit Sains dan nutrien juga
mengadakan lawatan untuk melihat sama ada jenis tanah bagi penanaman tersebut
adalah paya atau bukit dan mereka membuat laporan serta mengambil contoh-contoh
jenis tanah dikawasan tersebut untuk dikaji di dalam makmal sebelum penanaman
dimulakan. Baja-baja yang terdapat di Negara kita diimpot daripada Negara luar
dan unit ini juga bertanggungjawab bagi memeriksa kualiti baja yang didatangkan
sebelum dijual. Selain itu, unit ini memberikan program latihan kepada para
petani bagi percubaan penanaman mereka. Pertanian juga menghadapi masalah suhu
dan cuaca dan Negara kita tidak seperti Negara luar yang mempunyai musim-musim
yang tertentu.
TUJUAN
Tujuan bagi kajian yang dilakukan
oleh pengkaji, khasnya bagi unit ini adalah bagi melihat sejauhmana
perkembangan penanama dan nutrien serta baja yang digunakan di dalam tanaman. Terdapat
tiga jenis tanah iaitu tanah liat, tanah kuning dan tanah gambut. Tanah liat
adalah sesuai untuk penanaman padi atau sayur buah kerana air boleh bertahan
lama di dalam tanah tersebut. Tanah kuning hanya sesuai bagi penanaman buah
sahaja dan tanah gambut yang terdapat dikawasan tanah paya, tidak boleh
dijadikan tempat penanaman kerana ianya terlalu mahal atau kaya dengan
‘ecosystem’nya dan untuk kenderaan berat seperti jentra kemudahan untuk
penanaman tidak boleh berada dikawasan tersebut kerana keadaan tanahnya yang
tidak dapat menampung berat sebegitu rupa. Disebabkan inilah, kawasan penanaman
padi di kawasan paya di daerah Tutong dan Temburong hanya dilakukan oleh petani
secara manual tanpa menggunakan sebarang jentera atau mesin-mesin ini.
PERMASALAHAN
Terdapat beberapa masalah lagi di dalam penanaman di
antaranya ialah hujan dan banjir yang menyebabkan nutrien hilang, tanah bukit
terhakis dan tanah masam. Akan tetapi, tanah masam dapat di ‘neutralise’ dan
dapat dikawal dengan menggunakan kapur yang ditabur secara manual dua minggu
sebelum penanaman dimulakan. Jumlah asid pada tanah akan dipantau oleh pengkaji
dan ia di sukat dengan mesin khas untuk mengkaji pH tanah. Oleh itu, aktiviti
penanaman ini bukannya mudah kerana ia
memerlukan pemerhatian yang begitu teliti.
Isi taklimat terakhir adalah mengenai nutrien bagi
penanaman. Unit ini telah mengsyorkan sebanyak enam belas nutrien . Menurut
Doktor , baja organik daripada najis ayam yang terdapat di Negara kita adalah baja
yang selalu sahaja digunakan di dalam penanaman dan baja kimia adalah baja yang
diimpot dari Negara luar. Terdapat pelbagai baja bagi daun, akar, buah dan
sebagainya. Kajian dan pantauan sering dilakukan bagi mengawal baja-baja yang
digunakan oleh petani terhadap tanaman mereka.
Pada pukul tiga setengah petang, sebelum lawatan
diakhiri dengan ucapan penghargaan daripada bahagian ahli jawatankuasa lawatan
dan pemberian cenderahati oleh timbalan pengerusi, kami terlebih dahulu dibawa
melihat mesin-mesin teknologi yang digunakan oleh pengkaji-pengkji. Diakhir
lawatan juga rombongan telah dijemput bagi minum petang oleh pegawai BARC.
GAMBAR DARI AKTIVITI LAWATAN
Antara mesin khas yang digunakan dalam kajian pengkaji
Data dikumpul dalam Komputer
contoh gambar jenis-jenis tanah
Teknologi yang diguynakan
Barang yang digunakan
Gambar10 Doktor memberi taklimat
Penolong Pengerusi memberi cenderamata
Mahasiswa/i menikmati jamuan
Sesi bergambar ramai
Mahasiswa/i menikmati jamuan
Mahasiswi enak menjamu selera
Sesi bergambar ramai
Laporan disediakan oleh:
Nurul
Hafizah Bte Mohd.Othman 10B1177
Nur Aqilah
Bte Maidin 10B1153
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.