I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ahad, 18 Mac 2012

Lawatan Ke Sos Cili Cinta

Aktiviti – taklimat


 Konvoi bersama-sama mahasiswa/i yang lain menuju ke tapak Sos Cili CINTA
 Menunggu taklimat bermula
 mendengar taklimat
 mendengar taklimat sambil bergambar
 Taklimat dari Haji Ilias
 
 Anak kepada pengurus memberi sedikit taklimat
 Pembuat laporan bergambar bersama
 sesi bergambar sambil mendengar taklimat
 
Sesi Soal Jawab
 
Bahagian Lawatan memberi ucapan terima kasih
 Sesi Penyampaian Cenderamata kepada Pemilik Sos Cili CINTA
 Sesi Bergambar Ramai
 Mahasiswi diberi cenderahati dari Pengurus Sos Cili CINTA









Pengenalan
Program lawatan sambil belajar ke pusat Sos chili cinta yang terletak di kompleks perindustrian beribi di daerah Brunei dan muara. Lawatan ini merupakan salah satu aktiviti yang dirancang untuk dilaksanakan sekaligus bagi menyahut cabaran sebagai akitiviti lapangan penuntut dalam kursus Pb – 3403 Industri Tradsis Brunei. Lawatan ini telah diadakan pada 14 march 2012. Sos cili ini merupakan  industri yang telah berkembang luas dan telah menerima banyak sambutan bukan sahaja penduduk tempatan malahan penduduk luar seperti jepun dan korea.


Produk Sos Cili Cinta merupakan industri permakanan Negara Brunei yang dibuat daripada cili segar dan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti dan berteknologi tinggi. Lawatan kami ke Sos Cili Cinta dihadiri oleh kumpulan A seramai 15 orang yang diketuai oleh pengerusi kami iaitu Dayang Nurussae'dah binti Haji Abu Bakar. Lawatan kami ke sos cili cinta ini disambut dengan mesra oleh pengurus Sos Cili Cinta itu sendiri iaitu Haji Ilias bin haji Matusin dan isteri berserta dengan anak beliau Md Khalid bin Ilias iaitu pengarah urusan dan juga Siti Hamida sebagai pengarah Syarikat.Acara taklimat dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleg haji Ilias sendiri.


Dalam sesi taklimat, Haji Ilias telah menerangkan serba sedikit pengenalan tentang syarikat beliau. Beliau memberikan ucapan terima kasih kepada kami kerana bersudi memilih syarikat beliau bagi salah satu lawatan kami. Setelah itu, Md Khalid bin Haji Ilias selaku anak dan juga pengarah urusan juga memberi sedikit taklimat lanjut tentang sejarah dan pemasaran tentang produk mereka.

Tujuan Lawatan
Tujuan lawatan kami adalah untuk mengkaji dari awal proses hinggalah proses persiapan sos cili tersebut dan meneliti cabaran-cabaran yang ditempuhi oleh sos cili cinta dqalam pasaran globalisasi.


Selain dari itu, kami ingin membuat kajian dan menerokai bagaimana untuk memperluaskan produk Sos Cili ini untuk pengeksportan yang lebih luas bukan saja di Negara jiran tetapi antarabangsa.


Di samping itu, lawatan ini akan boleh memberi sedikit pengetahuan kepada penuntut dan penduduk Brunei khususnya kepada yang lebih cenderung dalam bidang pengusahawan.

Visi dan Misi
Visi cinta chili sauce adalah untuk menghasilkan produk sihat dan bermutu tinggi dan menggunakan misi untuk menyokong “Membina kehidupan yang lebih baik untuk semua”

Sejarah Sos cili cinta
Menurut Md Khalid bin Haji Illiah sebagai pengarah urusan syaritkat beliau bermula pada tahun 2003, dengan menghasil sos cili dengan menggunakan sebuah pengisar dalam dapur dan hanya menggunakan BND $1000 ringgit sebagai modal permulaan.
Pada tahun 2006 pula syarikat belliau telah membuat perjanjian bersama jepun bagi mengembangkan produk mereka ke pasaran luaran.
Manakala tahun 2007 pula syarikat shamada coorperation telah menubuhkan 2 buah kedai kilang bagi pemerosessan  sos cili mereka
Syarikat beliau telah membeli sebuah machine pengisar dari malaysia iaitu pada 2008 bagi buatan produk sos cili mereka. Selain itu mereka juga telah mendapat pengesahnya sijil halal brunei.
Pada 2009 produksi syarikat beliau telah berkembang maju di mana mereka telah meningkat kan pengeluaran botol sebanyak 20000 botol sehari.
Pada 2010  modal tersebut telah meningkan kepada $600000 dengan kapasiti pengeluaran 200000 botol sehari.
Tahun 2011 telah memasuki pasarah Czech republic Czech.
Tahun 2012 beliau berhasrat untuk dapat lagi mengembangkankan produk mereka dan dapt membawa produk mereka ke antarabangsa

Pencapaian
1.      Dalam tahun 2003 syarikat shamada telah menerima anugerah “successful entrepreneur at the pertanian wawasan expo”.
2.      Manakala pada tahun 2009 pula syarikat mereka telah dianugerahkan “ the progressive entrepreneur award” dari agrifood.

3.      Syarikat ini juga telah mendapat anugerah SME.

Produk Sos cili.
Menurut Md Khalid syarikat beliau hanya memfokuskan dalam menghasilkan Cili sos iaitu:
1.      Sos cili pedas
2.      Sos pencicah seerba guna
3.      Sos pencicah ikan tahai
4.      Sos nasi ayam
5.      Sos lobak merah bersama cili
6.      Sos bawang puteh bersama cili
7.      Sos halia ber sama cili
Sos penicicah ikan tahai merupakan produk yang dapat mendapat sambutan dari ramai pihak. Menurut beliau sos cili ikan tahai ini amat berharga. Recipe ikan tahai adalah di rahsia dan hanya diketahui oleh ahli ahli keluarga sahaja. Selain itu, Sos cili lobak merah merupakan hasil pertama yang mengikut prinsip – prinsip kesihatan.

Pemasaran
Dari segi pemasaran dalam negeri, pengedaran bagi produk sos cili Cinta ini merangkumi kesemua 4 daerah di negara ini. Permintaan produk sos cili ini juga semakin meningkat dari masa ke semasa. Pengiklanan bagi produk sos cili ini diadakan secara perlahan-lahan di negara ini melalui beberapa ekspo untuk meningkatkan lagi permintaan produk ini dikalangan orang-orang tempatan.
Bagi pengeksportan ke luar negeri pula, produk ini belum lagi memulakan pengedarannya ke luar negeri kerana pengubahsuaian syarikat ini belum lagi selesai dan teknologinya juga belum berfungsi sepenuhnya. Syarikat ini juga masih menunggu surat keliling ISO 202000 dari pihak kerajaan bagi meningkatkan lagi jaminan akan keselamatan dan kualiti produk sos cili ini untuk pemasaran keluar negeri.
Dalam perancangan syarikat ini, 80 peratus penghasilannya akan diedarkan untuk pengeksportan manakala selebihnya adalah untuk pembekalan dalam negeri.

Hasrat
·         Beliau berharap sos cili beliau akan berkembang ke luar Negara dengan lebih meluas.
·         Ingin memasarkan lagi market produk mereka di tempatan contoh kadai runcit, Supermarket dan lain-lain.
·         Ingin mempertahankan persaingan dalam industri perniagaan dengan selalu mengubah innovasi.
·         Ingin menghasilkan produk bermutu dengan berunsurkan kesihatan.

Cabaran
Produk sos cili ini merupakan produk yang dihasilkan sejak sekian lama oleh beberapa buah syarikat yang mempunyai kemajuan dalam penghasilan sos cili ini. Ini adalah merupakan cabaran utama kerana produk sos cili Cinta ini perlu bersaing dengan produk yang asal seperti Maggie dan Kimball.  Produk sos cili Maggie dan Kimball digunakan dan diketahui ramai oleh orang-orang tempatan, jadi persainggannya adalah sangat tinggi bagi produk sos cili Cinta ini untuk menembusi pemasaran produk-produk sos cili yang lain.
Seperti yang dijelaskan sebelumnya, 80 peratus penghasilan produk ini adalah untuk pengeksportan. Bagi mencapai hasrat tersebut, syarikat ini perlu mempunyai sijil ISO 202000 dimana ianya belum lagi diberikan oleh pihak kerajaan. Penerimaan surat ini memerlukan masa yang panjang dan ini memerlukan kesabaran yang tinggi bagi pengurus produk sos cili Cinta ini.

Nasihat
Menurut haji illias yang telah lama berkecimpung dengan industri perniagaan ini memberi sedikit nasihat kepada kami agar lebih cenderung ke arah perniagaan. Beliau berhasrat anak - anak muda masa kini lebih berani untuk bidang perniagaan. Beliau mengatakan untuk menjadi seorang pengusahawan yang berjaya perlu ada sikap yang ingin maju dan innovasi dan harus dapat menempuhi dugaan cabaran sebagai seornag usahawan.
Haji illias menyatakan beberapa faktor-faktor penting bagi usahawan yang ingin berjaya iaitu:
1.      Sabar
Pandangan beliau seorang usahawan perlu ada kesabaran. Kegagalan bukan bermaksud kita gagal selamanya manakala kejayaan bukan bermaksud kita berjaya selamanya. Ini membukti kan dengan sikap sabar beliau dalam mengharungi pahit perit dalam perniagaan beliau telah membuktikan kejayaan yang mereka perolehi.
2.      Bersedia
Bersedia pada masa hadapan. Mampu membuat innovasi dan berdaya saing dengan arus teknologi. Beliau mengatakan “ sedia kan payung sebelum hujan” di mana kita perlu sedia dengan apa jua halangan ynag melintang. Selain itu, kita perlu ada sikap bersenderhana tidak berlebih-lebihan. Kita perlu besyukur dengan apa yang di perolehi.
Menurut beliau usahawan perlu  ada sikap postitf suapaya lebih maju dalam bidang perniagaan dan harus pikiran ke hadapan.
3.      Tawakkal
Setiap yang apa dilakukan mesti berserah kepada Allah S.A.W agar semuanya berjalan lancar. Beliau menasihat suapaya dalam memulakan perniagaan supaya meminta pertolongan kepada Allah dan sentiasa meminta pertolongan dalam mepermudah kan urusan.


 LAPORAN DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD AMALUDDIN BIN ROSLAN – 10B8401
AK. MOHD. SHAHRUL NAZWAN PG HJ MD DAUD - 10B1291

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.