I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ahad, 25 Mac 2012

Lawatan Ke MIPR

Lawatan sambil belajar Pada  petang rabu, 28 RabiulAkhir 1433 Hijrah bersamaan dengan 21 hb Mac 2012, mahasiswa/i dari kumpulan A telah berpeluang untuk membuat lawatan ke Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama yang terletak di Jalan Menteri Besar, Bandar Seri Begawan. Lawatan  seramai 12 orang ini telah di ketuai oleh pengerusi kursus industri tradisi Brunei, Dyg Nurus’Saedah Haji Abu Bakar . Lawatan ini merupakan salah satu aktiviti kursus iaitu sebagai satu kajian lapangan mengenai peranan, fungsi sesebuah agensi, syarikat mahupun perusahaan sama ada kerajaan ataupun swasta.
Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama adalah salah satu jabatan kerajaan yang berperanan penting dalam perkembangan industri dan ekonomi negara. Kementerian ini adalah sebagai peneraju dan pemacu  kepada kepelbagaian ekonomi negara Brunei Darussalam. Ianya telah ditubuhkan pada tahun 1989, KPSSU mengambil tanggungjawab dalam mempromosi dan memudahkan pembangunan industri di Negara Brunei Darussalam  dengan menawarkan kepada pelabur persekitaran yan g kondusif  bagi pelaburan dalam segi keselamatan, kestabilan, kesinambungan, keyakinan dan daya saing.

 Adapun Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama telah mencapai ukuran kejayaan dalam mengubah landskap ekonomi Negara Brunei Darussalam. Satu  perkembangan  yang memberangsangkan dalam bidang pertumbuhan utama iaitu industry pembuatan, pelancongan, pertanian, perikanan dan perhutanan telah di capai melalui aliran pelaburan yang stabil dari Negara Brunei Darussalam, ASEAN dan negara-negara lain.
Terdapat enam jabatan di bawah kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama iaitu:
1.      Jabatan Pertanian
2.      Jabatan Perikanan
3.      Jabatan Perhutanan
4.      Jabatan Kemajuan Perlancongan
5.      BINA (Badan Kemajuan Industri Brunei)
Lawatan sambil belajar pada petang rabu  itu telah memberi tumpuan kepada Jabatan kemajuan perlancongan di Negara Brunei Darussalam. Adapun jabatan kemajuan perlancongan ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam mempelbagaikan ekonomi negara selain bergantung kepada penghasilan pengeluaran minyak dan gas. Sebagai satu bahagian dalam Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama , pelancongan Brunei berperanan dalam menjaga pembangunan pelancongan, pemasaran dan promosi serta pelesenan syarikat-syarikat pelancongan. Diketuai oleh Pengarah, Sheikh Jamaluddin bin Sheikh Mohamed, bahagian pelancongan ini telah terlibat secara aktif dalam  mempromosikan pelancongan Brunei sejak pertengahan tahun 1990an. Pada masa itu, Jabatan perlancongan mendapat pengiktirafan sebagai sebuah industry yang semakin  meningkat boleh banyak menyumbang kepada usaha mempelbagaikan ekonomi negara serta menjadi penjana penting peluang-peluang pekerjaan di masa hadapan bagi warga Brunei Darussalam.
Lawatan ini telah dimulakan dengan taklimat yang telah diberikan oleh, Ak Zulkhairi Pg Abd Razak, pegawai pemasaran dan promosi jabatan kemajuan pelancongan, kementerian perindustrian dan sumber-sumber utama. Selepas mendengarkan taklimat tersebut, mahsiswa/i  berpeluang melawat kepada beberapa bahagian yang terdapat di jabatan ini dan  juga berkesempatan untuk bersuai kenal dengan pegawai-pegawai lain.
Visi,  Misi & Objektif Jabatan Kemajuan Pelancongan
Adapun misi jabatan ini adalah untuk menjadikan Brunei Darussalam sebagai destinasi yang paling eksklusif di rantau ini. Manakala misinya ialah untuk menjadi pemangkin perubahan, membina industri pelancongan yang bertanggungjawab pada alam sekitar dan secara sosial, serta mengekalkan industri pelancongan untuk keuntungan mahupun kepentingan  negara. Terdapat pula beberapa objektif jabatan ini iaitu mempromosikan Brunei sebagai destinasi percutian, mewujudkan peluang pekerjaan melalui pelancongan , meningkatkan sumber-sumber hasil pertukaran asing dan juga mengurangkan bergantung sumber ekonomi terhadap minyak dan gas.
Tujuan Lawatan
Tujuan lawatan ke Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama ini adalah  untuk mengenal pasti fungsi, peranan kementerian  ini secara amnya dan tujuannya tertumpu  kepada peranan , tugas-tugas, aktiviti yang diungkayahkan jabatan kemajuan pelancongan dalam mendedahkan kepada mahasiswa/i perkembangan jabatan ini juga menerangkan fungsi utamanya dalam  pembangunan ekonomi Negara Brunei Darussalam.
Taklimat lawatan
Taklimat  telah diterangkan oleh Ak Zulkhairi Pg Abd Razak, yang mana telah menjelaskan mengenai kementerian perindustrian dan sumber-sumber utama secara amnya dan beliau juga menjelaskan misi, visi dan objektif jabatan kemajuan pelancongan ini seperti yang telah ditulis sebelumnya. Antara isi kandungan taklimat beliau ialah  mengenalkan struktur organisasi carta jabatan kemajuan perlancongandaripada CEO pengarah kepada empat bahagian iaitu 1) Pentadbiran dan Kewangan 2)Hal Ehwal Korporat dan Perkhidmatan 3)Promosi dan pemasaran 4)Perancangan dan Perkembangan



Selain itu juga, beliau telah menerangkan mengenai produk-produk pelancongan yang terdapat di Negara Brunei Darussalam  iaitu:
1.      Kebudayaan (Culture) iaitu seperti Kampong Ayer, Masjid Omar Ali Saifuddien, Masjid Jame’ Asr, Muzium Brunei, Falsafah MIB, Rumah Panjang, Mukim-Mukim, Program Homestay, Pertukangan Tangan dan sebagainya.
2.      Warisan (Heritage) iaitu Kesultanan Brunei, Royal Regalia Museum, Istana-Istana, Makam DiRaja, Hari Keputeraan Sultan, Hari Raya terbuka di Istana, Sejarah-Sejarah dan sebagainya.
3.      Eco-Tourism (Nature) seperti Ulu-Ulu Temburong dan yang lainnya.
4.       Kontemporari ASIA iaitu Golf, scuba diving, spa & wellness, sukan, sukan air, memancing, pengginapan mewah, aktiviti-aktiviti keluarga, moden, selamat, bersih, MICE, acara.
Dalam taklimat yang beliau sampaikan juga telah menerangkan mengenai jumlah statistik pelancongan yang berkunjung ke Negara Brunei Darussalam , boleh disemak di bawah ini:

STATISTIK KEMASUKAN PELANCONG

2007


2008

2009

 2010

2011

178,540



225,757


157,464


214,290


242,061


Terdapat peningkatan jumlah pelancong yang datang ke Negara Brunei Darussalam. Pelancong –pelancong yang datang ke Negara Brunei Darussalam ini kebanyakkannya dari Malaysia, China, Australia, United Kingdom dan juga Singapore.
Ak Zulkhairi juga telah menjelaskan mengenai sasaran pasaran bagi jabatan kemajuan pelancongan ini, iaitu telah di bahagikan kepada beberapa sasaran pasaran:
Pasaran utama: Malaysia, Singapura (+ ASEAN), Far East, China, Hong Kong (+ Taiwan), South Korea, Japan, Australia (+ New Zealand).
Pasaran Kedua: United Kingdom (+ Ireland) , Germany (+ Switzerland, Austria), Timur Tengah, Saudi Arabia, GCC.
Pasaran dalam negeri: Kempen kesedaran pelancongan dan Kempen percutian di Brunei (KNK) Kenali Negara Kitani.
Antara yang menariknya dalam taklimat yang beliau  jelaskan iaitu mengenai ‘Homestay’. Mahasiswa/i telah dideahkan dengan definisi ‘Homestay’ tersebut, apakah fungsi, kegiatan ‘Homestay’ ini.
Home Stay is an alternative form of family furnished accommodation generally located in a house, providing guests opportunities to experience family / community lifestyle as well as tourist attractions
ASEAN Tourism Standards, 2:5
Di antara tempat ‘Homestay’ yang terdapat di Negara Brunei Darussalam  ialah  Homestay Bitul Wajihah 




Antara peranan ‘Homestay’ ini ialah untuk menarik lebih pelancongan untuk datang ke Brunei Darussalam dalam mengenali warisan dan juga budaya yang terdapat di Negara ini. ‘Homestay’ ini juga berperanan untuk memberikan kemudahan kepada pelancong yang tinggal di Brunei Darussalam seperti program pertukaran pelajar dari Negara luar dan peranannya ialah untuk menjaga mereka sebagai anak angkat dan disamping itu memperkenalkan warisan dan budaya Brunei Darussalam.
Pelbagai aktiviti terdapat dalam pelancongan ‘Homestay’ ini seperti yang boleh di lihat dari gambar di atas tersebut. Selain daripada Baitul Wajihah ini, salah satu ‘Homestay’ yang terdapat di negara ini ialah  Kampong Sungai Matan, Brunei Muara.


   
Seperti gambar di atas itu, terdapat pelbagai aktiviti di Kg Sungai Matan dan juga penghasilan produk-produk di sana seperti udang kering dan sebagainya. Antara aktiviti yang terdapat di sana ialah memancing. Peranannya juga sama dengan Baitul Wajihah, Cuma di Kampong Sungai Matan ini lebih memperkenalkan kepada aktiviti harian orang-orang Brunei seperti nelayan dan kehidupan masyarakat Brunei di kampong ini.
Majlis perundingan Kampong Sungai Matan, Mukim Kota Batu merancang untuk meningkatkan usaha dan memperkembangkan lagi projek eko-pelancongan  yang telah/sedang diungkayahkan pada masa ini dengan menarik agensi-agensi pelancongan swasta dan menawarkan pakej-pakej eko-pelancongan dalam dan luar negara ke kg Sungai Matan. Sungai Matan akan menjadi salah satu lokasi yang akan ditonjolkan di dalam pakej yang ditawarkan yang mana persembahan khususnya yang berkaitan dengan masyarakat kampong dan negara ini secara amnya akan diperlihatkan kepada pelancong dalam dan luar negara secara lebih proniaga tetapi tetap berpaksikan nilai-nilai falsafah  negara iaitu Melayu Islam Beraja.
Ini adalah antara isi kandungan taklimat yang telah di sampaikan oleh pegawai pemasaran dan promosi tersebut, Ak Zulkhairi Pg Abd Razak.
Selesai taklimat daripada bahagian kemajuan pelancongan ini,
Setelah taklimat selesai disampaikan, sesi soal jawab telah dikemukan daripada mahasiwa/i yang hadir. Kemudian, mahasisw/i telah di bawa untuk melawat kepada beberapa bahagian dan juga diberi peluang sesi suai kenal dengan pegawai yang ada dan diterangkan serba sedikit tugas dan peranan  mereka.

 salah seorang pegawai yang kami diberi kesempatan untuk bersuai kenal ialah Adilah Multazimah Hj A.Abd Rahman,pegawai pemasaran dan promoso di mana beliau menerangkan mengenai tugas dan tanggungjawab beliau dalam memperkenalkan dan mendedahkan aktiviti oelancongan yang terdapat di Negara Brunei Darussalam untuk menarik pelancong datang ke Negara ini. Selain itu,kami juga diterangkan mengenai perbezaan pelancongan Brunei Darussalam dan juga luar negara daripada Chris Robies, pengarah bahagian pemasaran dan pelancongan.
Lawatan diakhiri dengan ucapan penghargaan dari salah seorang ahli jawatankuasa lawatan modul PB 3403 Industri Tradisi Brunei, Dk Nor Afizah Pg Hj Ahmad, seterusnya sesi penyerahan cenderamata sebagai penghargaan kepada pihak jabatan kemajuan pelancongan telah diberikan oleh  Pengerusi modul tersebut iaitu  Nurus’Saedah Haji Abu Bakar dan di akhiri dengan sesi bergambar ramai.
Setiap informasi-informasi lawatan setiap minggu akan dimuat turun ke laman sesawang yang telah dihasilkan oleh mahasiswa/i bagi modul ini. Lawatan seterusnya akan diadakan di OGDC, Seria pada 28hb Mac 2012. 
 beberapa gambar aktiviti yang telah diambil sepanjang lawatan ke Kementerian Perindustrian dan sumber-sumber utama:
              Mahasiswa/i mendengarkan taklimat yang disampaikan
             Taklimat disampaikan oleh Ak Zulkhairi Pg Abd Razak
          Sesi soal jawab diantara mahasiswa dengan pegawai
 Mahasiswa/i diberikan ‘goodie bag’ oleh jabatan kemajuan pelancongan
           Mahasiswi menikmati jamuan yang telah disediakan
      Sesi soal jawab bersama pegawai
Salah seorang pegawai dari jabatan kemajuan pelancongan
               Mahasiswa/i dibawa melawat ke salah satu pejabat di sana
 Mendengarkan taklimat daripada Chris Robies, pengarah pemasaran dan pelancongan
            Sesi penyampai cenderamata daripada pengerusi
 Sesi bergambar ramai


lLaporan disediakan oleh:
Nur Raghadah Agus                      09b1154
Dk Norfizah Pg Hj Ahmad            09b1251
Muhd Alif bin Haji Musa              10b8361


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.