Lawatan Ke Mangroove Paradise Resort pada 7 Mac 2012
.
Sesi Bergambar ramai
Mahasiswa/i khusyuk mendengar taklimat
Mahasiswa/i asyik dengan taklimat
Ikan dipelihara diberi makanan
Pekerja memberi makanan
Dayang Rara ingin mencuba memberi makanan
Mahasiswi melintasi jambatan
Pensyarah dan Mahasiswa/i khusyuk memerhatikan Ikan
Sesi bergambar
Adi dan Yusri asyik dengan membuat laporan
Mendengar taklimat
memberi taklimat sedikit
Sesi penyampaian cenderamata kepada Informan
- Program lawatan sambil belajar ke Mangrove Paradise Resort yang terletak di Sungai Belukut, Jalan Kota Batu merupakan salah satu daripada aktiviti yang telah dirancang untuk dilaksanakan sekaligus menyahut cabaran sebagai aktiviti kajian lapangan bagi mahasiswa dan mahasiswi Universiti Brunei Darussalam yang mengikuti kursus PB3403 iaitu Industri Tradisi Brunei.
- Lawatan ini telah diadakan pada 7hb Mac 2012. Mangrove Paradise Resort merupakan salah satu destinasi bagi pelancong luar negara dan juga orang tempatan.
- Tempat ini bukan sahaja menyediakan tempat penginapan bagi para pengunjung bahkan mempunyai kemudahan-kemudahannya yang tersendiri seperti restoran makanan laut, kolam memancing dan sangkar-sangkar ikan air masin.
- Lawatan ke Mangrove Paradise Resort ini merupakan lawatan sampingan bagi kumpulan A Industri Tradisi Brunei. Pada hari tersebut seramai 16 orang telah menyertai lawatan sambil belajar tersebut yang diketuai oleh pensyarah modul Industri Tradisi Brunei iaitu Cikgu Haji Rafee bin Haji Shahif.
- Lawatan ini memfokuskan kepada kehidupan ikan-ikan air masin tempatan didalam sangkar yang terdapat di Mangrove Paradise Resort.
B. OBJEKTIF/TUJUAN
1) Mencapai matlamat modul ini yang bertujuan untuk memberikan kefahaman dan pendedahan kepada para pelajar mengenai dengan industri tradisi di Negara Brunei Darussalam pada zaman moden ini khusus didalam konteks sosio-ekonominya.
2) Mendedahkan dan menarik minat mahasiswa dan mahasiswi kepada salah satu industri tradisi iaitu industri perikanan yang pada lazimnya sudah lama wujud sejak zaman dahulu lagi.
3) Meningkatkan pengetahuan mengenai dengan kehidupan ikan air masin tempatan didalam sangkar yang dilakukan oleh salah satu pengusaha tempatan dibawah pengawasan Jabatan Perikanan.
C. MELAWAT SANGKAR IKAN
- Kedatangan kami telah disambut oleh Awg Azmi bin Hj Mahadi anak kepada pengusaha Mangrove Paradise Resort berserta dengan dua pegawai dari Jabatan Perikanan iaitu Awg Muhd Amin bin Hj Bakir (Penolong Pegawai Perikanan) dan Awg Muhammad bin Mail (Pakar Sangkar Luar Pantai).
- Untuk melawat ke sangkar tersebut, mahasiswa dan mahasiswi telah menaiki perahu/bot laju yang dikemudi oleh Awg Mizan bin Kamis.
D. TAKLIMAT DARI AWG AZMI BIN HJ MAHADI
- Lawatan sambil belajar ini telah dimulakan dengan sesi memperkenalkan diri oleh Awg Azmi bin Hj Mahadi, Awg Muhd Amin bin Hj Bakir dan Awg Muhammad bin Mail. Selepas itu, Awg Azmi memberitahu sedikit sebanyak mengenai dengan latar belakang perusahaan tersebut.
- Menurut beliau, sangkar-sangkar yang dikendalikan pada masa ini ialah sebanyak 132 sangkar. Beliau ada juga menyatakan bahawa sangkar-sangkar yang ada pada masa ini akan diperkembangkan lagi, insyallah jika keadaan mengizinkan.
- Perusahaan kolam/sangkar ikan ini mula ditubuhkan pada tahun 2005. Ikan-ikan yang dipelihara terdiri daripada 4 jenis ikan iaitu ikan selungsung, ikan putih, ikan belais dan ikan kerapu
- Pada awal penubuhan kolam ikan tersebut, ikan-ikan ini dibeli ketika masih dalam bentuk benih lagi dan dipelihara hingga sekarang.
- Ikan-ikan kecil yang ditangkap oleh nelayan tempatan juga dikenali sebagai ‘trash fish’ atau ‘rough fish’ ini akan dibeli oleh pengusaha dan akan dijadikan sebagai sumber makanan kepada ikan peliharaan tersebut. Ikan-ikan ini adalah ikan-ikan kecil yang mempunyai nilai yang rendah jika dijual di pasaran.
- Selain daripada ikan-ikan kecil, makanan kering yang berbentuk seperti ‘tablet’ atau ‘pellet’ juga digunakan untuk memberi makan kepada ikan-ikan peliharaan tersebut.
- Ketika disoal kepada Awg Azmi tentang berapa ramai pekerja yang diambil bagi menjaga kolam tersebut, menurut beliau hanya seorang pekerja sahaja yang bernama Hairi, warganegara Indonesia, yang bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan sangkar/kolam ikan dan pemakanan ikan-ikan peliharaan yang ada.
- Dalam sehari, ikan-ikan peliharaan akan diberi makan sebanyak dua kali
- Sangkar-sangkar ini akan dibersihkan 2 bulan sekali, yang dimaksudkan dengan dibersihkan disini ialah dengan membuang rumpai laut yang tersangkut di pukat dan pukat tersebut akan dinaikkan kemudian dikeringkan
- Pada awal penubuhan sangkar ini, pengushaha Mangrove iaitu Haji Mahadi mengeluarkan wang sebanyak $30,000 sebagai modal untuk memulakan operasi. Modal ini akan digunakan untuk membeli peralatan-peralatan seperti tayar, kayu, pukat bagi membuat sangkar dan daram.
E. TAKLIMAT DARI JABATAN PERIKANAN
·
- Setelah pembuka kata dari Awg Azmi bin Hj Mahadi, pegawai dari Jabatan Perikanan iaitu Awg Muhd Amin bin Hj Bakir dan Awg Muhammad bin Mail pula meneruskan sesi taklimat tersebut. Menurut Awg Muhd Amin bin Hj Bakir (Penolong pegawai perikanan) kolam ikan yang dimiliki oleh Mangrove Paradise Resort mempunyai keluasan 0.2 hektar, 40 petak sangkar pula dikomersialkan iaitu hasil ikan-ikan tersebut akan dihantar ke Restoran Mangrove Resort.
- Apabila disoal mengenai dengan apakah pertolongan yang diberikan dari pihak Jabatan Perikanan, beliau menjawab bahawa Jabatan Perikanan bertanggungjawab dalam menyediakan tempat yang sesuai bagi penubuhan kolam/sangkar ikan.
- Kriteria-kriteria yang mengesahkan bahawa tempat itu sesuai dijadikan tapak sangkar/kolam adalah terpulang kepada kedalaman air, kebersihan persekitaran dan lain-lain lagi.
- Mangrove Paradise Resort juga pernah memenangi ‘Anugerah Keusahawanan Terbaik’ pada tahun 2010. Bagi pengunjung yang ingin menginap di resort ini, harga yang ditetapkan adalah $200 pada hari Isnin-Jumaat dan $250 pada hari Sabtu dan Ahad.
- Jabatan Perikanan juga bertanggungjawab dalam memantau pengusaha-pengusaha sangkar ikan. Jabatan perikanan mempunyai satu unit khas iaitu ‘Mobile Technical Unit’ bagi memantau dan mengawas operasi-operasi pengusaha ikan tempatan.
- Unit ini akan menasihati sedikit-sebanyak kepada pengusaha ikan tempatan. Baru-baru ini juga, daerah Brunei dan Muara telah dilanda air kemerah-merahan, maka unit ini akan bertugas dalam mengendalikan operasi bagi memastikan bahawa ikan-ikan yang ada di sangkar-sangkar atau kolam-kolam adalah dijamin keselamatannya.
- Tugasan yang akan dilakukan oleh unit ini ialah mereka akan menasihati pengusaha-pengusaha supaya menuai hasil ikan-ikan mereka supaya mengelakkan daripada terkena air kemerah-merahan tersebut.
- Menurut Awg Muhd Amin bin Hj Bakir beberapa lokasi di Brunei juga dijadikan sebagai tempat menternak ikan seperti di perairan Sungai Besar, Pulau Keingaran dan Tanjong Pelumpong.
- Beliau juga memberitahu tempoh pembesaran bagi ikan selungsung adalah selama 8-9 bulan manakala ikan tilapia pula 3-4 bulan.
- Oleh itu, ramai pengusaha tempatan lebih gemar memelihara/menternak ikan selungsung dan tilapia kerana tidak mempunyai banyak masalah dalam proses pembesaran dan juga masa yang singkat supaya dapat dijual dengan segera.
F. BERAT IKAN & SANGKAR
- Ikan-ikan yang ada di sangkar tersebut mempunyai berat-berat yang tersendiri. Selalunya ikan yang beratnya 100gram – 500gram akan di simpan dan di ternak sebanyak 250 ekor dalam satu sangkar berbeza dengan ikan yang beratnya 600gram – 1kilogram di ternak dalam sangkar yang lain.
- Mengikut Awg Azmi(Pengurus HT Enterprise Sdn Bhd), kebanyakkan ikan-ikan yang ada disangkar akan diangkut ke restoran bagi santapan orang yang mengunjungi ke Mangrove Paradise Resort.
- Beliau ada juga menyatakan bahawa ikan-ikan yang beratnya 500gram akan dijual sebanyak $5 dan 800gram-1kg akan di jual sebanyak $10 mengikut harga pasaran.
- Tidak semua ikan-ikan yang ada di sangkar tersebut akan dijual, terdapat beberapa spesies ikan seperti ikan keratang dan ikan selungsung yang telah dijadikan sebagai koleksi oleh pengusaha.
- Salah satu daripadanya ialah ikan keratang yang mempunyai berat lebih daripada 90kg. Beliau juga memberitahu yang ikan ini telah di jumpai pada tahun 2005 oleh pekerjanya di Sungai Besar.
=
Akhir
sekali lawatan sambil belajar ini diakhiri dengan ucapan penghargaan oleh Dk
Norfizah bte Pg Hj Ahmad atas kesudiaan pihak pengusaha menerima kedatangan
mahasiswa dan mahasiswi Industri Tradisi Brunei dan seterusnya penyampaian
cenderamata yang disampaikan oleh Pengerusi modul PB-3403 Nurussa’edah bte Hj
Abu Bakar kepada Awg Azmi bin Hj Mahadi.
·
LAPORAN
DISEDIAKAN OLEH:
AK YUSRI BIN PG
DATO HJ YUSOF (10B8406)
MUHD AYADI BIN ABD LATTIF (10B8407)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.