PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN KAMPONG SINAUT
Sesi Taklimat akan dimulakan
sesi taklimat dimulakan
Sesi taklimat
mahasiswi khusyuk membaca brochure yang dlberi
mahasiswa mendengar takllmat
Sesi soal jawab
bergambar sambil mendengar
sesi cenderamata dari pengerusi
Sesi Lawatan ke salah seorang inkubator
Sesi pembuatan kek lapis
Mahasiwi mencuba kek tersebut
Mahasiswa/i menikmati jamuan yang dihidangkan
Program
lawatan sambil belajar ke Pusat Pembangunan Keusahawanan, Kementerian
Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama
yang terletak di Kampung Sinaut di Daerah Tutong pada 31 march 2012 merupakan salah satu
daripada aktiviti yang telah dirancang untuk dilaksanakan sekaligus menyahut
cabaran sebagai aktiviti kajian lapangan bagi mahasiswa dan mahasiswi
Universiti Brunei Darussalam yang mengikuti kursus PB3403 iaitu Industri
Tradisi Brunei.
Pusat
Pembangunan Keusahawan ini merupakan salah satu agensi yang terdapat di bawah
Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama yang terlibat sama dalam
memberikan kemudahan bagi penubuhan dan pembangunan pengusaha kecil dan
sederhana (PKS) di brunei. Lawatan ke Sinaut ini merupakan salah satu lawatan
wajib bagi modul ini. Oleh itu, seramai 27 orang penuntut telah menyertai
lawatan sambil belajar tersebut yang di ketuai oleh Pengerusi modul ini iaiu
Dayang Nurrusa’edah binti Hj Abu Bakar. Lawatan ini menfokuskan kepada
peluang-peluang dan inisiatif yang di sediakan oleh Pusat Pembangunan
Keusahawanan di dalam membantu meningkatkan jumlah pengusaha kecil dan
sederhana di Brunei.
OBEJEKTIF/
TUJUAN
1) Mencapai matlamat modul ini yang
bertujuan untuk memberikan kefahaman tentang industri di Negara Brunei
Darussalam dalam konteks sosioekonomi.
2) Ingin mengetahui fungsi dan peranan
Pusat Pembangunan Keusahawanan di dalam menyumbangkan kepada sektor
perindustrian dan perusahaan di Brunei.
3) Meningkatkan pengetahuan mengenai
cara-cara membangunkan perusahaan sendiri dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada
Pusat Pembangunan Keusahawanan.
Kedatangan
kami telah di sambut dan di alu-alukan oleh dua orang pegawai yang bertugas dan
seterusnya kami telah di bawa terus ke bilik kuliah yang terdapat di pusat
tersebut. Lawatan sambil belajar ini telah di mulakan dengan sesi
memperkenalkan diri oleh pegawai yang mengendalikan taklimat iaitu Awang Zaidi
bin Mat Yassin. Beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar di pusat
tersebut dan sudah lama berkhidmat di pusat tersebut.
Taklimat di mulakan dengan bacaan surah
Al-Fatihah yang di ketuai oleh Awang Zaidi. Lawatan sambil belajar kami ini di mulakan dengan
definisi Perusahaan Kecil dan Sederhana di Brunei, peranan dan masalah yang di
hadapi oleh pengusaha di Brunei. Menurut Awang Zaidi Perusahaan Kecil dan Sederhana
atau SME merujuk kepada perusahaan yang mempunyai kurang daripada 100 orang
tenaga buruh di Brunei. Terdapat empat jenis
perusahaan iaitu:
Jenis
Perusahaan
|
Jumlah
pekerja
|
%
|
Mikro
|
1 –
5
|
50
|
Kecil
|
6 –
50
|
46
|
Sederhana
|
51 –
100
|
2.5
|
Besar
|
101
dan ke atas
|
1.5
|
Di
antara kepentingan SME di Brunei ialah:
a) Menyediakan peluang-peluang pekerjaan
kepada anak tempatan serta membantu mengurangkan kadar pengangguran di Brunei
b) Menambahkan lagi sumber pendapatan
persendirian di samping membantu meningkatkan dan memantapkan lagi ekonomi
negara melalui pengurusan yang ‘flexible’ dan penggunaan sumber-sumber asli dan
alami yang terdapat di Brunei.
c) Memanfaatkan sumber kewangan yang
dimiliki.
Di
antara cabaran/ permasalahan yang di hadapi oleh pengusaha kecil dan sederhana
di Brunei ialah:
a) Pemasaran
b) Kewangan
c) Polisi Kerajaan
d) Tapak dan bangunan
e) Pembangunan sumber manusia
f) Bahan mentah dan peralatan
VISI
PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN
Sebagai Pusat Nadi bagi mendokong pertumbuhan dan
memangkin perkembangan industri kecil dan sederhana di Brunei.
MISI
PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN
Menyediakan
kemudahan dan keakaran untuk menggalakkan pertumbuhan dan kemajuan industri
kecil dan sederhana di Negara Brunei Darussalam
PERANAN
PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN
a) Menyediakan kemudahan dan
program-program latihan keusahawanan jangka pendek, konsultasi dan penempatan.
b) Urusetia bagi skim kemudahan perusahaan
memantau dan menyelaras perkembangan dan kemajuan skim.
c) Meningkatkan rangkaian kerjasama dengan
institusi tempatan dan luar negri.
d) Menyediakan kemudahan bagi program inkubator
perniagaan.
e) Mengumpul dan menyelaras perusahaan dan
perniagaan daripada agensi yang berkaitan bagi keperluan keusahawanan.
Terdapat
empat jenis bantuan yang di berikan oleh Pusat Pembangunan Keusahawan dan
jumlah bantuan ini meningkat mengikut perkembangan sesuatu jenis perniagaan:
a) Peringkat permulaan perniagaan
b) Peringkat peningkatan perniagaan
c) Peringkat pertumbuhan perniagaan
d) Peringkat kematangan perniagaan
Pusat
Pembangunan Keusahawana mempunyai empat program teras iaitu:
1) Pembangunan kapasiti sumber manusia (
latihan keusahawanan).
2) Skim kemudahan kewangan.
3) Inkubator perniagaan.
4) Perkhidmatan dokongan PKS.
Di
antara rangkaian kerjasama dalam negri ialah:
a) Jabatan Perdana Menteri ( Pusat
al-islah, biro kawalan dan narotik)
b) Jabtan-jabatan dan bahagian-bahagian di
bawah KPSU dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.
c) Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
melalui Pusat Pembangunan Belia.
d) Institusi –institusi Pengajian Tinggi.
e) Perbankan tempatan (BIBD dan Baiduri
bank).
f) Dewan-dewan perniagaan.
g) Lembaga-lembaga kemajuan ekonomi.
h) Business Development Services provider
(BDS)
Penglibatan
dan kerjasama rangkaian antarabangsa:
a) ASEAN SME WG
b) APEC WG
c) BIMP-EAGA
d) SME Corporation Malaysia
e) Vector scoreboard
f) AMEICC HRD WG
SENARAI-SENARAI
PELUANG PERNIAGAAN BAGI INDUSTRI YANG DI UTAMAKAN DIBAWAH KEMENTERIAN
PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAM IALAH:
Pengeluaran
Utama
v Pertanian
Ø Ladang ayam
itik.
Ø Penanaman
sayur, ubi dan tanaman berumbi.
Ø Penanaman
buah-buahan.
Ø Ladang Ternakan.
Ø Florikultur /
Pokok Hiasan yang lain.
Ø Pengeluaran
bahan-bahan tanaman.
Ø Penanaman padi
dan bijian yang lain.
Ø Penanaman
herba dan rempah.
Ø Penanaman
tanaman fader atau bahan makanan
binatang.
Ø Penanaman
tumbuhan perubatan.
v Perikanan
Ø Akuakultur.
Ø Peneluran, pembiakan atau kultur ikan
akuarium.
v Perhutanan
Ø Penanaman pokok.
Ø Keluaran bukan balak.
Ø Penghutanan semula.
Pengeluaran
dan pemprosesan bersepadu
v Petanian
Ø Penanaman dan
pemprosesan Tanaman Fader bagi bahan makanan binatang.
Ø Ladang ayam
itik dan pemprosesan produk ayam itik.
Ø Penanaman dan
pemprosesan sayur, ubi dan tanaman berumbi.
Ø Penanaman dan
pemprosesan tumbuhan hiasan (pengawetan bunga keratin dan daun yang lain).
Ø Penanaman dan
pemprosesan buah-buahan.
Ø Ladang dan
pemprosesan ternakan.
Ø Penanaman dan
pemprosesan herba dan bijian lain.
Ø Penanaman dan
pemprosesan herba dan rempah.
Ø Penanaman dan
pemprosesan tumbuhan perubatan.
Ø Penanaman dan
pemprosesan kopi.
v Perikanan
Ø Ikan nilai rendah menjadi produk nilai
tambah yang tinggi.
Ø Produk perikanan mudah.
Ø Makanan akuakultur.
v Perhutanan
Ø Pemprosesan dan perawatan produk kayu.
Ø Pemprosesan produk bukan kayu-rotan,
damar, gam dan lain-lain.
Ø Perabot dan hiasan.
Ø Kompleks kay bersepadu.
Pembuatan
produk kimia
v Bahan warna, cat, varnish dan bahan yang
berkaitan.
v Bahan kimia dan produk kimia yang lain.
v Baja.
v Produk perubatan dan farmaseutikal.
v Minyak pati, minyak harum dan baha
perisa.
v Sabun, sebatian pembersih dan pengilap.
v Kimia tak organik oksida dan garam
halogen.
Limbungan
kapal
v Pemeliharaan dan pembaikkan dan barang
perkilangan lain;
Ø Kereta sorong anak damit, mainan,
permainan dan barang sukan.
Ø Barang kemas dan perhiasan emas / perak.
Ø Barang-barang kembara, beg tangan dan
barang-barang yang serupa.
Pembuatan
produk silika
v Memproses dan membuat produk silica - pembuatan
produk tanah liat
Ø Produk seramik.
Ø Tembikar.
Pembuatan
produk logam
1. Pemprosesan dan pembuatan produk logam.
2. Kontena logam untuk penyimpanan dan
pengangkutan.
3. Produk dawai (tidak termasuk elektrik).
4. Paku, skru, nat, bol rivet dan bahagian
besi / keluli / tembaga yang serupa.
5. Alat yang digunakan di tangan atau mesin.
6. Lengkapan dan pepasangan kebersihan,
kerja paip, pemanasan dan lampu.
Pembuatan
produk makanan, tenusu dan mnuman
1. Kisaran dan tepung gandum atau mesin.
2. Sediaan ayam itik daging – bertin / paket
dan lain-lain.
3. Sosej dan produk ayam / itik / daging
tersedia yang lain.
4. Tenusu dan minuman.
5. Konfeksioner gula dan kesedian makanan
lain.
6. Sediaaan coklat dan makanan lain.
7. Buah kering.
8. Snek-udang, ikan atau sotong.
9. Sediaan ikan - bebola ikan / kek ikan
bertin / paket dan lain-lain.
10. Sediaan ikan lain - kering,salai atau
awet.
11. Ikan beku dan beku segar (disiang-penuh).
Pembuatan produk kulit
1. Kasut, selipar.
2. Produk kulit lain.
Pembuatan jentera / kelengkapan
/ radas elektrik dan elektronik
1. Jentera kuasa elektrik dan gear suis.
2. Radas elektrik bagi tujuan perubatan dan
radasradiologi.
3. Radas telekomunikasi.
4. Kelengkapan elektrik rumah.
5. Kelengkapan untuk pengagihan elektrik.
Indutri percetakan
1. Bahan pencetak.
2. Tanda dan periklanan.
Pembuatan produk bukan
logam
1. Kapur, simen dan bahan bangunan siap
2. Bahan binaan tahan panas
3. Pembuatan galian
Pembuatan produk
pakaian
1. Produk pakaian
Pembuatan produk kilang
tekstil
1) Gentian sintetik dan jana semula (
tiruan).
2) Tutupan lantai, tapestry dan lain-lain.
3) Bahan getah.
4) Bahan plastik, selulosa jana semula dan
resin tiruan.
Seterusnya, setelah
sesi soal jawab dijalan kan, pembentang Awang Zaidi menyarankan kepada
mahasiswa dan mahasisiwi yang hadir agar menceburkan diri di dalam bidang
keusahawanan sejurus penuntut menamatkan pengajian nanti. Ini kerana menurut
Awang Zaidi kebanyakan mereka yang mengikuti program di pusat ini merupakan
mereka yang telah tamat dari perkhidmatan.
Pihak pusat pembangunan keusahawanan
ini juga berharap agar generasi muda juga berminat mengikut progam yang di
sediakan ini nanti dan sekaligus menjadi usahawan yang berjaya. Menurut beliau
lagi, kita sebagai rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam
seharusnya bijak mengambil peluang yang ada serta bantuan yang diberikan oleh kerajaan
untuk memantapkan lagi perusahaan kecil dan sederhana di Brunei.
Ucapan penghargaan dan
terima kasih dalam lawatan kali ini telah dilaksanakan oleh mahasiswi kursus
Industri Tradisi Brunei iaitu, Dayang Qadarizah Binti Sulaiman. Kemudia,
cenderahati sebagai tanda penghargaan di berikan olh penegrusi kursus Industri
Tradisi Brunei, Dayang Nurussae’dah Binti Haji Abu Bakar kepada pegawai Pusat
Pembangunan Keusahawanan, Awang Zaidi.
AKTIVITI
KE II – KUNJUNGAN KE BILIK INKUBATOR SALAH SEORANG PENGUSAHA.
Pelajar seterusnya di bawa
melawat ke salah sebuah inkubator yang terdapat disana. Myclos Fren Bakery & Cooking Studio
merupakan salah sebuah incubator yang sudah bertapak di Pusat pembangunan
Keusahawanan sejak tahun 2009. Perusahaan ini dimiliki oleh Dayang Sufina
Mohamad.
Dayang Sufina telah
membuat langkah yang mencabar iaitu dengan membuka bisnes persendirian. Produk
beliau bukan sahaja tertumpu kepada menjual kek, tetapi beliau juga mengadakan
program atau kursus pembuatan kek dan masakan. Tambahan lagi, beliau juga
mengeluarkan produk bahan kering seperti rempah ratus, kacang bergoreng, pusu
dan sotong bergoreng dan lain-lain lagi. Beliau juga telah mengeluarkan buku
resepi masakan dan pembuatan kek untuk penggunaan pembeli.
AKTIVITI DI BILIK
INKUBATOR
·
Demonstrasi
pembuatan kek oleh Dayang Sufina.
o Demonstasi pembuatan kek tidak dapat di
lihat hingga selesai kerana kesuntukan masa.
·
Para
mahasiswa dan mahasiswi dijemput untuk mencuba produk beliau. Diantaranya: kek
dayang senandung, kacang jagus butter sweet, kacang pusu goreng, sotong kering
goreng, dan beberapa lagi.
Setelah selesai demonstrasi,
ucapan terima kasih telah dilaksanakan oleh Awang Ayadi Bin Abdul Lattif,
mahasiswa kursus Industri Tradisi Brunei. Para mahasiswa dan mahasiswi
kemudiannya dijemput untuk menikmati hidangan yang telah disediakan oleh Pusat
Pembangunan Keusahawanan dan lawatan berakhir dengan bergambar beramai-ramai
bersama dengan beberapa kakitangan Pusat tersebut.
Dibuat oleh :
Siti Rosmalina binti Haji Rosmali
Fairuz Madinah binti Haji Alyas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.