I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 28 Februari 2012

Taklimat dari Jabatan Peguam Negara



Taklimat yang diadakan pada 29 Rabiulawal 1433 hijrah bersamaan 22hb Februari 2012 adalah bertumpukan kepada hal perihal yang berkenaan dengan pendaftaran aktiviti niaga di negara Brunei Darussalam. Taklimat yang bertempat di ICTC 2 UBD ini disampaikan oleh.
Pengenalan.



 Sesi Soal-Jawab 

 Penyampaian Cenderamata dari Pengerusi

Mahasiwa/i tidak sabar untuk menikmati jamuan

Mahasiswa/i menikmati jamuan


Sesi Bergambar ramai

-Pejabat Peguam Negara adalah sebuah pejabat yang berdiri di bawah Bangunan

-Sebuah pejabat yang berkuasa untuk menguruskan segala prosedur yang berkaitan dengan pendaftaran perniagaan di negara Brunei Darussalam.
-Jenis Pendaftaran dan syarat-syarat pendaftaran
-Berperanan menjaga segala data dan dokumen yang melibatkan perniagaan syarikat-syarikat yang dulu sehingalah sekarang.

1) Fungsi Bahagian Pendaftaran Syarikat-syarikat dan Nama-nama Perniagaan.


ü  Mendaftrakan nama-nama perniagaan.
ü  Mendaftarkan pertukaran maklumat-maklumat.
ü  Pendaftaran Syarikat-syarikat dibawah akta syarikat (Syarikat Sdn Bhd).
ü  Menjaga daftar Nama-nama Perniagaan dan syarikat-syarikat bagi akses awam.
ü  Mengendalikan dan menguatkuasakan peruntukan-peruntakan Akta Nama-Nama Perniagaan dan akta Syarikat-Syarikat.
ü  Memberi maklumat dan nasihat Undang-Undang kepada Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan.

2) Orang-orang yang Dibenarkan Memohon Nama Peniaga.

- Perlulah diketahui bahawa tidak semua pemohon yang mendaftar akan diterima permohonnya. Untuk menyelaraskan perkara ini Pejabat Peguam Negara telahpun memberikan syarat-syarat kepada orang ramai yang ingin memohon nama perniagaan. Syarat-syarat tersebut adalah;-
A) Warganegara Brunei Darussalam atau penduduk tetap.
B) Berumur 18 tahun keatas.
C) Mendapat kebenaran dari Jabatan Perdana Menteri kepada pemohon yang bekerja sebagai kakitangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.
D) Tidak Gila. Pendaftar dimestikan dan disahkan dalam keadaan waras dan siuman.
E)  Pegawai-pegawai dan Kakitangan- kakitangan Kerajaan boleh memohon tertaklok mendapatkan kebenaran bertulis untuk berniaga dari Jabatan Perdana Mneteri melalui Ketua Jabatan.
- Selain daripada itu, bagi orang asing kebenaran berniaga dan mendapatkan nama perniagaan    akan diberikan sekiranya mereka mematuhi dan mengikuti setiap syarat yang diberikan.
A) jikalau berkahwin dengan orang tempatan, mestilah sertakan sijil nikah sebagai bukti.
B) Pemohon perlu mendapatkan kebenaran dari 3 jabatan iaitu Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Buruh dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.
3) Prosedur yang Perlu Diambil Dalam Memohon Nama Perniagaan.


ü  Kos pendaftaran adalah $5 untuk satu nama.
ü  Kos pendaftaran $10 untuk mendapatkan sijil bab 16 dan 17.
ü  Prosis pendaftaran ini mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu dan tempoh pengambilan sijil dan nama yang dibenarkan adalah sebulan.
ü  Sijil-sijil yang diluluskan bukanlah lesen untuk berniaga. Pendaftar perlulah mengambil beberapa langkah untuk menepati syarat-syarat berniaga.
ü  Peniaga perlulah memilih jenis-jenis niaga seperti perusahaan makanan, pakaian dan perhiasan. Ketiga-tiga ini perlu diasingkan dalam satu pernigaan.

4) Prosedur untuk Penubuhan Syarikat.

ü  Penubuhan perlulah meliputi beberapa orang pemegang share maksimum (50) dan minimum (20) .
ü  Tidak boleh dijual kepada orang awam.
ü  Pembayaran untuk penubuhan syarikat adalah berikut:-
-$5 untuk bagi setiap pemohon.
-$15 penyimpanan nama yang dibenarkan.
-$5 untuk memanjangkan tempoh penyimpanan.
-Penyimpanan nama hanya dapat bertahan selama 4 bulan.





5) Kod Borang-Borang dan Rujukan Mendaftar.
Surat / Borang Permohonan
CY01
Surat/ Borang Penubuhan Syarikat
CY02
Borang Nama Perniagaan
BN01
Borang Mendaftar Perniagaan
BN02

·         Kesemua pemohon perlu rujuk BN01 untuk nombor rujukan pendaftaran mereka dan perlu sertakan kelulusan surat permohonan nama dan salinan kad pengenalan atau paspot.
·         Setiap pemohon dikehendaki mengisi segala maklumat ke dalam borang BN02.
·         Pendaftaran bolehlah dilakukan secara bertulis ataupun secara online di laman sesawang Pejabat Peguam Negara:- www.eregistry.com.agc.gov.bn dan segala permasalahan atau kemusykilan bolehlah merujuk kepada talian 2231200 atau secara fax di talian 22313221.

6) Nama-Nama Yang Tidak Dibenarkan

ü  Nama-nama yang mengandungi gelaran.
ü  Nama-nama yang mengandungi nombor sama ada di dalam bentuk angka atau perkataan contoh Cantik Dua Puloh, Kalimah 99 dan sebagainya.
ü  Nama-nama yang hanya merujuk kepada sesuatu yang bersifat umum contohnya Kedai Runcit, Kedai Jual Barang, Kedai Minyak dan sebagainya.
ü  Nama-nama yang mengandungi Perkataan ‘General’ atau ‘Am’ seperti Ahmad General Trading Company.
ü  Selain itu juga, pendaftar diharuskan untuk merujuk ke bilik Carian Nama (Search Room) untuk memastikan nama yang dipilih tidak sama dengan nama yang sudah terdaftar sebelumnya..

7) Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk penubuhan syarikat.

ü  Memorandum dan Artikel Persatuan Syarikat
ü  Senarai pengarah-pengarah
ü  Persetujuan menjadi pengarah
ü  Notis alamat pejabat berdaftar
ü  Surat sumpah
ü  Salinan IC dan passport semua pemegang saham dan pengarah.

8) Perusahaan Persendirian dan Perkongsian.

ü  Perkongsian perlulah diisi sekurang-kurangnya 2 orang.
ü  Kedua-dua pemilik syarikat mempunyai hak milik, keuntungan dan tanggungan (kecuali mereka mempunyai perjanjian (Partnership Agreement).
ü  Tidak boleh melebihi 20 orang/ syarikat. Jikalau lebih mesti ditukar kepada Syarikat Sendirian Berhad.

9) Selepas Mendaftar

ü  Dokumen yang dikemaskinikan:-
·         Pengubahan carter, statut, memorandum atau perkara-perkara,
·         Peertukaran alamat pejabat.
·         Pertukaran pengarah
·         Pertukaran butir-butir pengarah
·         Pengubahan modal syer yang dibenarkan.

ü  Kunci kira-kira mesti disertakan dalam dua bulan selepas mengadakan mesyuarat am tahunan.

10) Jumlah pendaftaran niaga dan penubuhan syarikat.

ü  Dari 1957 sehinggalah 2011 (Jan-Aug) sebanyak 60,172 peniaga telah mendaftar untuk berniaga.
ü  Kenaikan setiap 10 tahun adalah 4000 pendaftar niaga.
ü  Manakala penubuhan syarikat dari 1957 sehingga 2011 (Jan-Aug) adalah 8,334.
ü  Jumlah tertinggi dalam penubuhan syarikat adalah pada tahun 1998-2007 dan terendah pada tahun 1957 sehinggalah 1967.


LLaporan dari :
Mohammad Khairun Hazim bin Haji Mat Sani
Roseraghadah binti Mohammad


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.