I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 3 Februari 2012

Lawatan ke Jabatan Imigresen




Pegawai-pegawai Kanan yang memberi taklimat
Mahasiswa/i Khusyuk mendengar taklimat
Mahasiswa/i lelaki mendengar taklimat
Sesi Soal Jawab


Bahagian Pekerja Asing
Mahasiswa/i dibawa melawat dan mendengan penerangan daripada pegawai Imgiresen
Contoh Borang yang perlu diisi
Mahasiswa/i mendengar penjelasan dari Pegawai
Pegawai Kanan Pas Pekerja
Bahagian Pengambilan Pembantu Rumah
Kaunter Bahagian Pekerja Asing
Mahasiswa/i dibawa  ke tempat jamuan
Ketua Ahli Jawatankuasa Lawatan memberi ucapan
 Mendengar AhliJawatanKuasa lawatan memberi ucapan
Sesi penyerahan Cenderamata dari Pengerusi
Pengerusi Majlis memberi ucapan penghargaan
Masih berbincang sedikit tentang taklimat sambil menikmati jamuan
Mahasiswa/i tidak putus-putus mengutarakan pertanyaan


Sesi bergambar ramai dengan Pegawai-pegawai Imigresen Kanan



Tugas & Tanggungjawab Bahagian Pekerja Asing, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen & Pendaftaran Kebangsaan, Brunei Darussalam

Taklimat daripada Tuan Mohammad Shukran Bin Haji Jaidin, Bahagian Pekerja Asing, Tuan Haji Sufri bin Haji Abidin, Ketua Pendaftaran Kanan Kelahiran dan Kematian dan Tuan Haji Md Yante Hussaine bin Haji Ismail, Pegawai Penguatkuasaan Undang-undang


Pengenalan
  • Bahagian Pas Kerja adalah satu bahagian di Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.
  • Bahagian ini bertanggungjawab mengendalikan pekerja asing yang bekerja di negara ini termasuk tanggungannya:-
  • Kebenaran Pas Kerja / Tanggungan (Jika ada).
  • Visa Kerja & Tanggungan.
  • Visa Masuk Semula.
  • Pembatalan.
    Tanggungjawab ini selaras dengan peraturan Imigresen Penggal 17, seperti yang termaktub di dalam Peraturan 15, 16 & 17.





    1. Keperluan Semasa membuat permohonan

    Mendaftar Syarikat di Bahagian Pekerja Asing bagi mendapatkan bilangan rujukan        Employment Pass (EMPASS).

    Majikan hendaklah datang sendiri dengan membawa:-
  1. Sijil Daftar Perniagaan 16 & 17
  2. Sijil Koporat dan senarai pengarah
  3. Salinan Kad Pengenalan Tuan Punya / Pengarah-pengarah
  4. Surat kuasa bagi mendatangi persuratan dan lain-lain


2.Syarikat akan diberikan No Pendaftaraan untuk rujukan.
Pas Kerja hendaklah dipohonkan oleh majikan sebelum pekerja tersebut datang ke       negara ini. Semua negara kecuali Malaysia dan Singapura memerlukan VISA untuk bekerja di Brunei. Dokumen & pekara-pekara yang   diperlukan untuk memohon pas kerja adalah di bawah ini:-
  1. Surat permohonan dari majikan
  2. Borang 23 ( Borang Pas Kerja )
  3. Borang visa
  4. Gambar (Ukuran Paspot)
  5. Salinan Kad Pengenalan
  6. BUR 500 (Asal/salinan)
  7. Lesen PJB/Quota (Asal /salinan
  8. Salinan Passport

     
3.Setelah pekerja tersebut tiba di negara ini, mereka akan diberi cap kebenaran bekerja       selama 3 minggu di pos-pos kawalan Imigresen. Penyambungan Pas Kerja seterusnya dihadapkan ke Ibu Pejabat Imigresen. Perkara yang diperlukan:

  1. Surat Permohonan (menyambung ) dari majikan
  2. Salinan surat kebenaran Pas Kerja
  3. Borang A
  4. List Pekerja
  5. X-ray
  6. Slip pemeriksaan darah
  7. Kontrak asal
  8. BUR 500 / Lesen PJB (asal dan salinan)


4. Prosedur Penyambungan Pas Kerja
Setiap pekerja asing biasanya mempunyai tempoh kontrak di antara majikan dan
pekerja selama 2 tahun. Di akhir kontrak tersebut pekerja asing dikehendaki untuk      pulang ke negara asal. Bagi yang ingin menyambung perkhidmatan, majikan hendaklah mengemukan dokuman berikut:-
  1. List pekerja
  2. Boring 23
  3. BUR 555 / Lesen PJB
  4. X-ray
  5. Ujian darah
  6. Kontrak asal

     
5. Prosedur Pembatalan Pas Kerja

Pembatalan Pas Kerja hendaklah dibuat secara bersurat oleh majikan, perkara yang diperlukan:-
  1. Borang Pembatalan
  2. Salinan tiket pulan
  3. Passport pekerja
  4. Lesen PJB

     
6. Permohonan Pas Tanggungan

Pas Tanggungan boleh dipohonkan oleh pemegang Pas Kerja yang sah bagi isteri dan anak-anak, akan tetapi tidak semua permohonan akan dibenarkan hanya kategori yang berkelayakan sahaja. Perkara yang diperlukan:-
  1. Surat dari pemohon
  2. Surat sokongan majikan
  3. Borang 25
  4. Borang visa
  5. Surat kahwin/nikah
  6. Surat beranak anak-anak
  7. Slip gaji pemohon (3 bulan)
  8. Salinan paspot pemohon/tanggungan
  9. Kontrak pemohon
  10. BUR 500/555
  11. Lesen Buruh



Permohonan bagi Isteri dan anak-anak. Permohonan hendaklah dikemukakan oleh pemohon atau majikan kepada pegawai Imigresen. Perkara yang diperlukan:-
  I.          Surat permohonan penyambung dari pemohon
II.          Salinan kebenaran pas tanggungan
III.          Paspot permohon dan tanggungan
IV.          BUR 25
V.          Senarai pekerja  

7. Prosedur Pembatalan Pas Tanggungan
pas tanggungan akan dikira batal jika pekerja tidak lagi bekerja dengan syarikat berkenaan. Perkara yang diperlukan:-
 I.          Paspot
II.          Borang pembatalan
III.         Salinan tiket pulang



8.Re-entry Visa
Semua pemegang Pas Kerja & Tanggungan (kecuali Malaysia & Singapura) jika hendak ke luar negara hendaklah mempunyai Visa untuk masuk semula. Visa ini dikenali sebagai Re-Entry / Visa Tama Kontrak.

Re-entry Visa adalah DUA jenis:-
  1. Single Visa: $20.00 ( sah berlaku selama 3 bulan , hanya untuk sekali perjalanan )
    1. Multiple Visa : $30.00 (sah tidak melebihi 3 bulan)
  1. Multiple Visa : $50.00 ( sah berlaku sehingga Pas Kerja tidak melebihi setahun. Digunalan berulang alik tidak melebih tarikh berkenaan)


    MAKLUMAT YANG MUSTAHAK
  2. Majikan bertanggungjawab memulangkan ke negara asal perkerja yang  didatangkan jika dikehendaki oleh Pihak Imigresen.
  3. Pekerja tidak boleh diagih-agihkan kepada majikan lain.
  4. Majikan perlu memastikan pekerja menjalani pemeriksaan kesihatan                                                  
  5. Majikan hendaklah memastikan pas pekerja sentiasa sah dan kelalaian Pas  tersebut    adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Imigresen.


    PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

    Apabila memulakan sesuatu perniagaan, majikan hendaklah mendapatkan qouta dari jabatan buruh dan orang asing adalah berada dibawah jagaan / kawalan majikan supaya tidak melakukan kesalahan - kesalahan dibawah peraturan imigresen. 



    Terdapat akta dan peraturan yang dikuatkuasakan iaitu sebanyak 6 akta dan 1 perintah yang melibatkan orang asing. 
  6. akta paspot 
  7. akta pendaftaran kebangsaan 
  8. akta beranak dan orang mati   
  9. akta anak angkat
  10. perintah penyeludup manusia. 


    Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh oramg asing iaitu
  11. menyalahgunakan pas pelawat - dendanya tidak lebih 6 bulan penjara, denda tidak
  12. lebih 2 ribu atau kompoun tidak kurang 5 ratus dan tidak lebih 6 ratus. Mengambil          pesalah imigresen bekerja adalah menjadi satu kesalahan dan akan diambil tindakan mahkamah. 
  13. pas imigresen mansuh
  14. pas penuntut    
  15. pas tanggungan
  16. menggunakan jaminan syarikat / persendirian lain. 


    Warga asing yang tinggal lebih masa di Negara Brunei Darussalam akan di denda 6 bulan penjara bagi orang asing yang tinggal tidak lebih 90 hari dan sebat bagi orang asing yang tinggal lebih dari 90 hari. Jika majikan mengambil pekerja orang asing yang tinggal lebih masa dendanya seorang warga asing ialah 3 ribu. 



    Jika Pekerja warga asing lari dari majikan hendaklah dilaporkan ke balai polis, lapor ke penguatkuasaan undang-undang dan laporkan ke jabatan buruh. Dokumen yangdiperlukan ialah paspot (jika ada), lesen perniagaan dan surat majikan. Bagi warga asing yang hilang hendaklah dilaporkan ke balai polis, mahkamah dan diperlukan surat pengakuan dari jabatan buruh. Dokumen yang diperlukan ialah paspot dan kad pengenalan warga asing yang hilang. 



    PENDAFTARAN KELAHIRAN DAN KEMATIAN

    Tugas jabatan ini ialah menerima, memproses serta mendaftaran kelahiran, kematian dan anak angkat yang berlaku di Brunei. Mengeluarkan sijil-sijil termasuk salinan sijil kelahiran, kematian dan anak angkat. Proses mengambilan anak angkat samada anak angkat tempatan atau anak angkat orang asing dibuat di mahkamah syariah bagi orang islam dan mahkamah sivil bagi orang yang bukan islam.



            Laporan dibuat oleh : Nurussae'dah binti Haji Abu Bakar & Nurhafizah binti Kamis@kunchang










     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.